Bukan niat nak bangga diri ke apa cumanya satu perkara yang boleh cK banggakan tentang diri ni - jarang bercuti. Ya, mungkin itu kurang sihat untuk minda tapi cK terlalu berdedikasi! hahaha...Boleh dikatakan semua bekas boss cK notice perkara ni. Not bad eh? Yang tak best tu bila tengok accumulated leaves yang maha banyak. Pehtu cuak camne nak abiskan. Walaupun kadang-kadang ada niat di hati KIV leaves tu supaya leh contra ngan cuti kalau nak cabut from company, ianya tak pernah terjadi. Heheheh...
Maka, julungkalinya cK telahpun mengambil cuti sakit hari Jumaat lepas. Since balik dari KK dan PD badan memang tak berapa sedap dah. Tapi, bak kata orang tua-tua, jangan diikutkan sangat manja diri over-over so, cK kerja macam biasa. Khamis malam Jumaat tu dah tak tentu arah jadinya. Tidur awal. Esok paginya bila dengar suara David Cook nyanyi2 kat henpon, cK rasa macam ada batu dalam kepala dan badan memang panas. First thing first, terus je SMS orang opis bagitahu kondisi.
Ya, memang ada sakit-sakit sendi dan cK anggap itu cuma sisa2 yang berbaki dari aktiviti tarik tali masa Family Day tempoh hari. Boss cK kata dia harap cuma demam biasa, memandangkan dia sendiri baru je balik bekerja setelah seminggu down due to denggi. Buka mata tengok jam 10 lebih. Kena gagahkan diri ke klinik.
Dengan tekak yang perit macam dicucuk2 dan kepala yang dirasakan lebih berat dari berat badan, cK minta Papa hanta ke klinik. Nasib baik leh pakai medical card kat panel klinik. Dapatlah ubat beraneka warna dan MC untuk sehari tanpa perlu mengeluarkan sesen pun duit dari wallet sendiri. Doktor yang merawat tu taklah handsome tapi dia baik hati. Memang sahlah cK demam panas.
Balik rumah, makan ubat dan terus tidur lagi. Tahu2 bila bangun dan petang dan perut rasa lapar. Ha, ni yang cK rasa syukur sikit. Selalunya orang kalau demam akan hilang selera makan, tapi cK punya selera maintain! Time tu la rasa nak makan macam2. Bila tengok iklan orang nari 2 McD McChicken tu...telan2 air liur la pula. Isk..Nak makan ABC pun ada. Kira kalau orang tengok selera makan, takkan jangka yang cK tak sihat badan.
Bila makan tu, cK cuba makan makanan yang boleh mendatangkan zat dan menyihatkan macam set panini kat sebelah ni.
Makan chicken panini dengan sup cendawan. Yang best, siap ada susu lagi tu. Sihat kan? Hiks. cK mudah sakit tapi jarang berpanjangan tapi bila sekali down, memang sangat down. Total lembik! Pastu kalau cK yang mula2 jatuh sakit, ianya akan merebak ke satu rumah. My virus is so powerful, so don't mess with me. Kesian juga bila tengok Mama, Dekdek, Ewok batuk2 dan demam. Tapi sekurang-kurangnya susah senang kami bersama. Thanks to Papa yang sudi jadi housewife untuk beberapa hari - basuh baju, masak, kemas rumah. Apa-apa pun, cK dah kembali sihat dan bertugas seperti biasa. Lepas ni kena jaga kesihatan selalu agar taklah senang jatuh sakit (read : kalau cuti, mc selalu2 macam mana nak dapat bonos ghibu2!)
2 comments:
waaa...
bagusnye ..
pekerja contoh nie
hish....jangan cakap camtu...sniff...snifff...
*tahan napas*
Post a Comment