Tuesday, September 28, 2010

:: Tak Nampak Tapi Tak Buta ::

No comments:
Semalam cK balik dalam keadaan hujan lebat. Diketika menunggu di stesen LRT sambil mencuba-cuba nasib kalau-kalau ada wi-fi percuma, cK nampak pasangan lelaki perempuan cina sedang memimpin seorang lelakibuta berbangsa Melayu. Pakcik tersebut kemudiannya menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki India. Sounds so 1Malaysia kan? Kebetulan saja. 

Entah kenapa tiba-tiba saja hati cK tersentuh memikirkan apa yang baru terjadi didepan mata. Melihat pasangan tadi juga seolah-olah bingung dengan apa yang mereka lakukan sebentar tadi. Membiarkan seorang buta menaiki teksi seorang diri untuk menuju destinasi yang kami pun tak pasti. Medula oblongata cK terus dihimpit pelbagai persoalan. Antaranya:

1. Macam mana orang buta tu tahu bahawa jalan yang dilalui oleh pemandu teksi itu sememangnya menuju tempat yang diinginkannya?

2.Adakah pemandu teksi itu akan jujur apabila memulangkan semula not RM50 yang diberikan secara tidak sengaja oleh sibuta untuk membayar tambang?

3. Apakah nasib si buta jika si pemandu menipu dan meninggalkannya dia tengah-tengah kawasan yang asing?

4. Dapatkah si buta mengenal pasti rumahnya dan mampu berkata "Berhenti" apabila teksi melewati pintu pagar rumahnya?

5. Bolehkah si buta mebantu pemandu baru dengan menunjuk jalan dan mengesan land mark yang ada di destinasi tersebut ?


At that point of time, cK rasa sangat bersyukur dikurniakan pancaindera yang cukup. Terasa begitu kurangnya andai salah satu nikmat itu direntap. Apalah nasib dan bagaimanakah cK dapat menjalani kehidupan yang tidak berwarna - hanya hitam semata. Tidak ada beza siang atau malam, musim luruh atau musim bunga. Bila melangkah, sukar untuk dipastikan adakah cK di jalan yang benar atau sedang sesat. Apatah lagi bila insan keliling lebih rela menjauhkan diri daripada menghulurkan bantuan. Berjalan 'blind folded' pun dah cukup seksa, inikan pula memang tak boleh melihat langsung!

Ya, cK sangat sensitif melihat orang yang kurang upaya. I wish i could help them all. Mungkin bukan dengan wang ringgit, tapi dengan usaha dan pertolongan selagi terdaya. cK percaya, mereka hanya buta pada penglihatan namun tidak pada hati.

:: Bukan Orang Islam ? ::

No comments:
Dua hari lepas, cK terkejut bila menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali berbunyi begini "Nik Aziz buat kenyataan yang dia bukan orang Islam." Dang! Bohonglah kalau cK kata tak amik port kan. cK ternanti2 juga depan TV untuk Buletin Utama jam 8 malam. Kalau benar bagai dikata, sah2 lah berita utama. 

Tunggu punya tunggu, tajuk berita utama masih lagi kes bakar, buang mayat tu. Cari bukti sana sini, still tak habis-habis lagi. Sampailah ke berita sukan pasal bumbung stadium runtuh segala. Tak ada satu pun berita pasal Nik Aziz ni. Masih dirahsiakan kah? Mengancam keselamatan negarakah?

Dua hari berlalu, cK menjalani kehidupan senormal yang mungkin. Terfikir juga siapa dalang disebalik penyebaran sms itu. Tak rasa nak balas dan bertanya lebih lanjut sebab line telefon kena bar. Dan hari ini, si pengirim sms tegar menghantar YM kepada cK. Sambil gelak2 dia tanya cK dapat tak sms yang dia hantar pasal Nik Aziz pakai nombor baru dia tu. Jujur, cK pun ngaku lah. Memang ada. Then, dia buat ulang tayang kata , "Nik Aziz buat kenyataan yang dia bukan orang Islam." Pastu dia tanya cK "U nak tau dia kata apa?" . "Apa?". Tok Guru mengaku dan kata "Ambo ore Isle". Dang!

Terus cK sentap dan ignore sms mamat tu. Kelakar meh hantar sms camtu? Entah berapa banyak kredit dia habis hantar sms tu dan entah berapa ramai orang yang percaya dan mula sebarkan berita tu kat merata pelusuk. Nak kata dah mula waktu untuk pilihanraya, tak juga. Yang ko gatal-gatal nak menyebar fitnah tu pasal apa? Ada unsur-unsur politik wang? Seronok? Jahil kot sampai tak boleh nak beza yang mana boleh dilawakkan dan yang mana tidak. Malu plak rasa ada sorang kawan yang cenggini peel nyer. cK share cerita ni ngan korang dengan harapan korang tak terpedaya ngan sms bodo tu dan korang juga tak jadi macam mamat tu. Tak payah buang masa nak sebar fitnah.

And Dude, that is NOT funny at all. Retarded adalah kot!

Friday, September 24, 2010

:: Unik ke Pelik? ::

1 comment:
Fesyen di rujuk sebagai cara berpakaian ataupun tingkah laku yang menjadi kegemaran ramai dan popular pada satu-satu masa.

Fashionista  pula adalah gelaran untuk wanita yang suka berfesyen dan amat mengikut perubahan trend.

Ceritanya begini. Dalam perjalanan ke pejabat pagi semalam, seorang wanita yang cantik rupa parasnya telah menyebabkan saya agak kurang selesa. Mula-mula tak pasti kenapa. Setelah dipandang untuk kali kedua..Ya! Saya dah jumpa!

Harus diakui yang wanita tersebut mempunyai potongan badan yang cantik. Dari cara pemakaiannya, saya jangkakan dia adalah seorang eksekutif di syarikat yang besar. Fitted grey blouse, low neck, no inner, tudung ikat belakang. Yes, that low neck part. Banyak mata yang tertumpu pada bahagian yang terdedah itu. Tak pasti sengaja, atau terlupa. Bonus point bila jari cik kak tu mula main-main buah rantai sambil sebelah tangan lagi membaca sesuatu di Blackkberry. 

Rasanya dia sedar dia jadi bahan tumpuan tapi dia langsung tak kisah. Tak luak apa pun kan. Setakat pandang. Kot luak pun, pahala la. Tapi itu pun tak nampak dengan mata kasar. Tak tahu kategori mana fesyen cik kak tu. Someone said that it's kinda sexy to see some skin when you are all covered. Mungkin. Kinda subjective as sexy and beauty lies in the eye of the beholder.Tepuk dada sendiri.

Di dalam tren yang lain ada kejadian yang hampir sama. Bertudung namun sleeveless. Lagi unik kan? Saya mungkin dilahirkan, dibesarkan dan tinggal di bandar namun ada sesetengah perkara yang masih gagal untuk saya terima. Contoh tambahan : Seorang wanita berbaju kurung lengkap bertudung,di tepi tangga bersebelahan air pancut KLCC , berhadapan dengan Dome. Biasa? Tidak bila dia duduk bertenggek sambil menghembus liar asap rokok dari mulutnya. 

Memang ada antara kenalan wanita saya yang merokok dan saya juga sedar ia sesuatu yang biasa di zaman ini. Atau patut saya katakan yang ia memang wujud dari zaman dahulu lagi? Nenek-nenek menyuntil sireh kemudian menghisap rokok daun - sounds familiar? Cumanya kerana gadis itu bertudung dan berbaju kurung, saya mungkin agak skeptikal. Call me kolot, but that's how i see it. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...