Wednesday, August 10, 2011

:: Nak Naik Teksi Biarlah Orang Yang Mampu ::

No comments:
"Pergi kerja?"
"Ya, cik"
"Tadi naik apa?"
"Naik LRT dari Gombak. Turun Sentral, ambil teksi"

"Hari-hari?"
"Ha'ah. Hari-hari. Dulu naik bas. Tapi semenjak dua ni, waktu asyik lari. So senang naik teksi"

"Heh. Kalau nak naik teksi tu biarlah orang yang mampu"
Diam.
Kerut dahi.
Separuh ngaga.

Apa yang patut cK jawab? Nak tinggi suara, orang tua. Nak berbudi bahasa, hati ada rasa sentap tiba-tiba. Apa maksud sebenar ayat makcik pemandu teksi tu? Ok fine kalau dia ambil berat tentang perbelanjaan cK. Mungkin dia rasa cK ni budak lagi dan tak mampu nak berbelanja lebih. Lebih baik kalau cK bersesak2 dengan warga "antarabangsa" read : Bangla, Indonesian, Vietnamese kat dalam bas rapid tu.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian agaknya.

Tapi bila difikir-fikirkan semula, siapa dia untuk berkata demikian dengan nada yang agak mengejek itu? Apa cK ni tiada kuasa pengguna? Wang yang saya bayar tidak bernilai Ringgit Malaysia? cK tak layak nak naik teksi wira 1.5 auto yang semput bila naik bukit tu? Macam tu? Hoh, emo betul!
Patutnya awal pagi makcik tu perlu murahkan senyuman dan lemparkan kata-kata yang merangsang minda. Cerita pasal cuaca pun takpa. Tanya pasal kerja boleh juga. Tapi tak perlu rasanya keluarkan kenyataan bisa tu. Perkhidmatan yang ditawarkan itu dibayar oleh pengguna berdasarkan sistem kupon. Walaupun nilainya cuma RM13, ia cukup untuk memberikan sedikit keuntungan pada pemandu teksi kerana bayaran itu telah termasuk upah pergi-balik ke KL Sentral dan konsortium cuma mengambil 10% dari jumlah bayaran. 

Bersyukurlah makcik bahawasanya masih ada orang memerlukan khidmat makcik dan sekaligus rezeki buat makcik. Jangan sampai saya black list makcik macam teksi iswara hijau HWC6979 yang bau hapak tu. Dahlah berbau, pemandu pula suka tekan brek mengejut. Semput mak! Naik dua kali, terus surrender cK. Sanggup tengok dulu teksi yang beratur tu sebelum naik. Tak daya weih. Silap haribulan ada yang muntah darah.
Jabatan yang berkenaan macam Puspakom tu, cuba luaskan lagi skop penilaian kenderaan awam ni. Jangan hanya titik beratkan keadaan fizikal luaran kenderaan semata-mata, Cuba pantau bahagian dalam kenderaan. Bukan saja enjin malah tempat duduk, sistem hawa dingin, radio dan sebagainya. Malulah dengan orang luar. Negara bukan main maju dengan bangunan tinggi melangit, tapi teksinya semua hangit. 

Tuesday, August 09, 2011

:: My First Stadium Experience ::

No comments:
Sebelum korang semua baca post ni, mula-mula sekali korang kena tahu yang :
a. cK bukan jenis makan bola, tidor bola, minum coca cola tu
b. cK tak sokong mana2 pasukan bola mana-mana liga Malaysia, Inggeris, Eropah etc
c. cK tak pernah masuk stadium tengok bola

Ya, point yang last tu penting ya kawan2. Memang tak pernah! Never in my entire live until 28 July 2011. Tu dia. At the age yang three series ni barulah pertama kali cK beli tiket bola, tengok bola live kat stadium. For what game? Malaysia lawan Singapura. Ya, our kiasu neighbour.

And i must say, it was the best night of my life man! Gila happening though we lost the game to the Lions. Tak percaya ? Korang tengok clip bawah :



Serius happening kan? Meremang bulu roma ok. Now i kinda addicted to it. And i highly recommend for those who always have a dream to watch the actions right in front of your eyes, go ahead buddies! You may remember it for the rest of your life. Kenangan terindah katanya.

Di stadium itulah semangat patriotik terasa membuak2 dari sanubari. Semangat cintakan negara, bangga bersulam harapan yang tinggi dan laungan semangat 1Malaysia tidak berbelah bahagi. Secara automatik, kita akan merasakan satu aliran tenaga yang luar biasa. Ya, sukan bola sepak boleh menyatu padukan semua lapisan masyarakat tanpa batas usia, agama, mahu pun jantina. Demi sukan dan maruah negara, kita bersatu menentang seteru!

Teringat cK bagaimana gelagat mereka yang sanggup duduk dilantai, berkongsi kerusi demi memastikan semua yang berada dslam stadium terhibur dengan aksi pasukan kebangsaan. Tatkala lagu Negaraku berkumandang, gema suara puluhan ribu yang hadir cukup menggentarkan. Sorakan sokongan "Malaysia!" yang lebih mirip pada "Meysia!" dan formasi ombak manusia ternyata amat mengujakan.

Called me Jakun and i wont mind it at all. There's always a first-of-something-in-some-point of your life, right. And now, its football time for me and it certainly keeps me happy. So, just let it be. *sigh*

Friday, August 05, 2011

:: Salam Ramadhan Semua! ::

No comments:
Selamat hari Jumaat korang! Hari ni adalah hari kelima semua umat Islam berpuasa. Oh ya, memang ada yang masih belum nampak anak bulan Ramadhan dan ada juga yang nampak anak bulan lambat. Itu perkara biasa. Nak2 kalau korang perempuan.

Agak lama juga cK tak post eh terbitkan (sokong bahasa Malaysia ok!) di laman rumah ni. Ttak perlu bagi macam2 alasan, cuma yang pendeknya cK agak tebal Vitamin M. M untuk Malas ya kawan2. cK dah mula mencari hiburan luar dan cinta hati yang baru. Teman lama cK si FB tu pun dah macam cemburu dah. Hoho. Sekarang ni cK banyak berlibur dengan si burung biru dan ikan paus Twitter tu.

Kebanyakan masanya korang boleh berinteraksi terus (wah... bahasa!!!) dengan cK dilaman twitter menggunakan twithandle/id @adzra. Pendek saja. Senang nak ingat. Pernah cuba nak pakai @cK tapi dah ada orang lain yang dah guna pakai. Nak pakai @CikKuntum macam panjang sangat korang nak taip, terutamanya yang log in pakai twitter mobile. Maka @adzra dah cukup baik.

Wajib hafal untuk sebulan ok?
Ok ok..berbalik kepada cerita Ramadhan. Masih lagi berbuka dah bersahur dengan keluarga tercinta. Belum lagi ke mana2 hotel atau restoran untuk memenuhi undangan berbuka puasa. Awal sangat lagi pun. Biarlah dulu. Lagipun, tak sampai hati bila tengok Mama siapkan menu yang best2 untuk berbuka tu. Penat2 dia masak untuk anak dia, alih2 makan buffet juga yang menjadi pilihan. Tak boleh lah macam tu kan.

Walaupun cK ni bukanlah kaki Bazaar Ramadhan, tapi cK dah 2 kali buat lawatan di Bazaar Ramadhan kawasan rumah cK. Hari pertama puasa - sesak giler! Hari kedua - kurang tapi ramai juga. Kalau korang nak tahu, Bazaar kat Melawati ni memang selalu menjadi tumpuan ramai. Yang datang pun bukan hanya penduduk Melawati tapi dari Selayang, Wangsa Maju, Gombak malah Rawang pun ada! So korang cuba bayangkan! Maaf ya, cK tak snap gambar sebab haha... sekali lagi..... Malas!

Seriklah dua hari berkunjung. Tak sanggup rasa nak mengharung perjalanan, selit menyelit. Oh Tuhan! Tak Kuasa ok! ha...cukup dulu kot catatan pembukaan ni. cK nak kena lap habuk2 blog, sapu laman rumah..lama sangat kena tinggal. Kang orang ingat rumah berhantu pula kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...