Tuesday, October 12, 2010

:: Nilai Dua Puluh Sen ::

Apa itu dua puluh sen? Himpunan 20 keping duit syiling satu sen. Atau mungkin 4 keping duit syiling 5 sen. Boleh jadi 2 keping duit 10 sen. Tak pun, sekeping duit 20 sen. Nilainya? Boleh dibuat bayaran untuk masuk ke tandas awam mana-mana pusat membeli belah atau pun membeli gula-gula. Tapi peristiwa hari Sabtu lalu buat cK benar-benar faham nilai 20 sen.

Kadang-kadang manusia ni leka, lalai, pelupa (eh...cam sama je maksud semua?). Dengan tegar, cK pergi Jusco menemankan Mama yang beria mengajak. Tak terlintas langsung niat nak bershopping. Bila masuk pasaraya Jusco tu, cK pandang sepi je segala benda. 

Sampai kat bahagian market tu, serta merta cK jadi tak keruan. Aiyoo...cantiknya sayur dia...Fuiyooo fishball dia bulat2 betul. Mama pun kata yang fishball jusco ni best. Masa Mama buat sup hari tu pun, cK enjoy kunyah fishball. Kenyal beb. Dek kerana tak tahan, maka selamatlah fishball dengan beberapa jenis sayur masuk dalam troli. Labu a.k.a Mr pumpkin pun terjebak gak...

Jalan lagi dalam, Mama dan Papa ambil lampu kalimantang Phillips. Ada offer 20% untuk Jcard member. Lampu tangga tu dah macam disko, lip lap lip lap..it's about time nak minta tukar. Lepas dah try pasang, lampu tu pun masuk dalam troli. Tolak troli terus...nampak Maggi yang ada offer separuh harga sebab tarikh luput 3/11/10. Lagipun stok Maggi dalam kabinet tu tinggal sepeket dua ja. Nak la juga kalau time hujan2 renyai tu masak Maggi. Harum gile bau tumisan cili, bawang merah dan bawang putih. Tambah pula sawi ten pecahkan telur. Terbaiklah! End up, amik  Maggi masuk troli.

Jalan lagi nampak eskrem! My oh my...Nestle Cremeria tuuuuhhh...aiseh...iskk...kira aci la juga masuk dalam troli. Oh, ya susu HL! Boleh makan honey star for breakfast. Gitu! Ambik...jangan tak ambik...Sumbat dalam troli lagi.Best best! Hurm...apa lagi eh...oh...dekdek nak chacos. Pun amik gak sumbat dalam troli. Ok.cukup la kot...Kang nak naik atas plak beli ehem2 plak...

Sampai kat kaunter, nampak gambar ni...
Jeng jeng jeng...Hamik ko! Apa nak buat? Ketar jap rasa badan. Dem! hari Sabtu la der!!!! Aduyai...camne leh lupa? Isk...takkan nak kepit segala kot...Alahai! So...cashier tu pun dah cam serba salah. Maka, dia pun berkata "Hari ni no plastic bag day ye. Setiap hari Sabtu, kalau tak tahu. Nak plastik juga ke?". Dengan muka sebal cK kata "boleh ke?". "Boleh, tapi charge 20 sen setiap satu". 20sen satu? Dem! "Ok, bagi saya yang paling besar lah camtu". 

Tu dia...amik...yang paling besao...sumbat segala kering basah segala. Sungguh la rojak. Lainkali, jangan lupa bawa beg beso ke mana2 tak kiralah hari apa!

.

2 comments:

Zu said...

ooo kat sana hari sabtu kat sini pulak hari isnin zu pun terkena jugak mcm CK ari tuee hehehe

Unknown said...

kan....selalu membeli ujung minggu hari ahad...tak teringat lah menda2 plastik segala ni...dulu beli gak shopping bag tu...sekali dua pakai...pehtu tak ingat letak mana dah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...