Surat khabar merupakan medium penyebaran berita utama dalam kehidupan seharian. Apa yang tertulis di tajuk utama / headlines memang bertujuan untuk menarik perhatian atau memberikan penekanan tentang sesuatu isu. Perenggan pertama penceritaan akan menentukan samada pembaca akan meneruskan pembacaan atau tidak. Dan, ayat seperti ini :
"Sekolah Harapan, the country's first school for unmarried pregnant teenagers...." yang dipetik dari sebuah akhbar utama berbahasa inggeris agak mendukacitakan cK. Why cant they just called it school for teenage mother which sounds more human than a nation embarrassment? cK tak nafikan yang ianya fakta bahawa sekolah tersebut diwujudkan untuk mereka yang mengandung diluar nikah. Tapi, perlukah ianya dicanang berulang kali?
Cuba tanya diri sendiri apakah kita suka kesalahan kita diungkit berkali-kali? Tak kisahlah salah kecil atau salah besar hatta terlupa nak pulangkan pen sekali pun boleh buat kita rasa nak sepok orang yang asyik mengungkit. Asal jumpa kita dok tanya "Eh, ko ada ambil pen aku tak? Ko kan memang suka ambil barang orang tak pulang". Sekali dengar pun dah berdesing, apatah lagi kalau hari-hari.
Life goes on. Beri mereka peluang untuk belajar memperbetulkan kesalahan mereka dan bukannya hidup dalam hukuman sepanjang masa. As a media, do more homework will you? There's always another way to convey your message. Kalau seorang janda yang ada anak kita boleh guna terma ibu tunggal kenapa tidak untuk ibu-ibu muda ini? Mungkin ada antara kita yang ambil mudah perkara ini dan berasakan tidak ada wajarnya golongan yang tersasar ini diberi peluang untuk menebus kesilapan mereka, ingatlah pada sabda Rasulullah saw: “Jika zina dan riba telah merebak di suatu kaum, maka sungguh mereka telah membiarkan diri mereka ditimpa azab Allah.” (HR. Al-Hakim).
Ya, ramai yang kata kubur masing-masing. Sapa suruh dorang tu bodoh sangat? Tak reti pakai protection? Padan makan, pandailah simpan. Langsung tiada ihsan dihati mereka untuk sama-sama membimbing golongan yang tersasar. And i bet, dorang takkan mampu untuk mendoakan pun agar saudara perempuan mereka ini boleh berubah. Untuk orang-orang yang pentingkan diri sendiri ini, i feel sorry for you. Kerana adanya orang-orang yang lebih gemar mencaci dari membantu inilah, perkara-perkara yang dahsyat kerap terjadi macam pembuangan bayi. Lebih senang bagi mereka yang bersalah ini untuk meneruskan kehidupan seharian dibandingkan apabila mereka mengakui kesalahan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bertaubat.
Seperti yang dijelaskan oleh Imam Ibnul Qayyim, “Firman Allah Swt yang berbunyi: “Katakanlah, Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji, baik yang tampak ataupun yang tersembunyi” (QS.Al-Maidah: 33). Maka, adalah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama untuk saling ingat mengingatkan. Segala yang berlaku ada sebab dan kaitan samada kita sedar atau tidak.
No comments:
Post a Comment