Tuesday, November 16, 2010

:: Mari Melawat KK ::

No comments:
KK bukan Kuala Kangsar, tapi Kota Kinabalu ya kawan-kawan. Terus terang, cK bukanlah pergi bercuti kosong jalan-jalan sini sana. cK terlibat menjayakan kempen jalur lebar 1 Malaysia yang sibuk Uncle Rais canang tu. It is not a part of my current job scope , its more like a favor to a friend merangkap ex-boss. Disebabkan bz yang melampau, cK nak singgah Filipina market pun tak sempat! Kuciwa!

cK travel sorang-sorang untuk perjalanan dua hala. Namun, nasib tidak bersama cK untuk dipertemukan dengan mana-mana cik abang yang ada mutu, gaya dan unggul. Dua sebab yang menyumbang kepada perkara itu - 1) Flight pergi seawal jam 6.40 pagi. Siapalah yang tegar nak lepak LCCT time tu unless memang ada urusan yang giler penting. 2) Flight balik jam 8.10 malam yang buatkan kita nampak langit gelap je dan minta mata ditutup  rapat2. Cumanya rasa kelakar pula bila jumpa orang KL juga kat airport sana. It was not planned at all. Apakah maksudnya itu? Miahhaha...Siapa dia biarlah rahsia. Kang kecoh je semua orang Malaysia. Ngee...

cK dipertanggungjawabkan mengawasi kelancaran perjalanan event highlight - lawatan orang kuat ministry  dan agensi juga bengkel kesedaran jalur lebar. It was fun and tiring when the weather can be pretty much unpredictable. It can be sunny where the sun shine so brightly then the rain just pour down un-alarmed. cK ditugaskan untuk jadi nanny artiste. I think i'm ok with the arrangement. Untuk hari pertama, cK salute penari2 kebudayaan yang tegar menari walaupun hujan renyai dan rasa lega bila Dafi & Farah naik pentas, cuaca 'beri muka'. Dan hari kedua, Abu Bakar Ellah rilek menyanyi, nari dan berinteraksi tengah panas  dek kerana stage tidak berbumbung. Alhamdulillah. 


Perkara yang paling cK tak boleh lupa di KK adalah bila cK terpaksa tawaf segala shopping complex yang ada (termasuk kedai2 dan bazaar) bersama kontraktor perempuan yang gila-gila demi mencari reben merah untuk acara pembukaan. Dah la penat cari reben, kena plak cari kedai nak gubah reben tu. Sungguh tak sesuai! Rasa nak pengsan naik turun tangga, eskalater, lif segala. 

Lagi satu pasal caterer. Orang dah nak abis tour, dia still gedik nak hidang makan. Pergh! Sebagai pekerja yang berdedikasi, cK pun terus jadi banquet  staff secara serta merta. Hidang makanan beria untuk VVIP. I must do it quick, or else the company's reputation will be on the line. They wont blame the caterer but they will blame the one who engaged the caterer. Thou its not me to blame, but i hold the responsibilities to ensure things are running smoothly and the guest dapat makan dengan aman. Fuuuh!

Apa pun, cK rasa selesa di KK. Orang orangnya ramah belaka. Tak menyombong walaupun ada waktunya bahasa membataskan pergaulan. Makanan memang heaven. Sempat cK belasah butter prawn ngan sizzling beef yang sedap selepas berpenat lelah. Ingat hati nak singgah JP layan nasi ayam penyet yang diwar2 marveles itu...tapi masa dan cuaca mencemburui cK. Next time lah ye?

Still, ianya trip yang penat tapi berbaloi. Dengan tiket, makan, hotel ditanggung dan dapat pula duit saku. Apa lagi perlu untuk cK bisingkan. Tak gitu?

:: Update Yang Lambat ::

No comments:
Kalau korang ingat lagi, dulu cK pernah cerita pasal seorang penyanyi wanita yang berbakat besar namanya Najwa. Sekali lagi cK berjaya menempah meja untuk menyaksikan persembahan beliau bertempat di NoBlackTie pada 27 Oktober yang lalu. See ...told ya its a late entry. 

Najwa dijemput untuk membuat persembahan bersempena anniversary NBT. Beliau berkongsi pentas bersama seorang lagi penyanyi yang tidak kurang hebat Alvira. Kedua-dua mereka mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Najwa lebih jazzy dan Alvira punya lebih soul. They did few covers and sang their numbers as well. Najwa decided to giveaway her singles for those who manage to get thru the Q&A. Sadly, dia bawa 9 ketul CD je. So kesian for this birthday girl ( bulan Oktober kan?) tak dapat a copy. Sob sob sob...


Overall, i enjoyed the nite be it the performances or the company of Dy, Joejo, Elly and MiszDilla.  Met few familiar faces (last time Mukhriz), this time Charon Wardini (orang kuat bank Yaya) and Najwa's mom was there too (read : wife to TPM).  And yes, for the first time juga cK discover betapa sedapnya Green Tea ice cream. Lagi sedap bila ada orang yang belanja. Pastu nampak plak abang hensem duduk meja sebelah (butterfly, sure hell u know who). Sangat2lah berganda kegembiraan.

Latest i heard, Najwa and Malique Too Phat is doing some collaboration and the song is now been played all over HotFM. Not sure bout other station thou. Good luck girl!

Tuesday, November 09, 2010

:: Update Edisi Lebih Kurang ::

3 comments:
Apa yang baru? Ada la dua tiga ketul kot menda-menda baru yang jadi dalam kehidupan cK lately. Jangan dok bising tanya pasai apa dah nak setengah bulan baru gatai nak update bahan. Mau cK cili kang...

Mula-mula sekali, sesiapa yang rasa nak stalk cK silalah berhenti dari usha kat opis lama. cK dah pun selamat menjejakkan kaki ke opis baru. baru masuk 1 November yang lalu dan selamat bercuti 4-8 November. Gigih kan? Korang leh buat? Ha...ni tengah fikir camne nak abiskan 14.5 hari lagi cuti yang bersisa ni...tolak 5 hari leh carry foward next year, maka...adalah dalam 9.5 hari lagi...Mana mau pegi?

Yang keduanya, cK baru pulang dari cuti-sambil-dapat duit kat KK. Bukan Kuala Kangsar, tapi yang penuh ngan Bah sana..Bah sini tu...Met loads of interesting people. Cumanya kali ni cK travel sengsorang plus time limited sangat nak bershopping. Kena jadi nanny untuk Dafi ngan Farah Breep Breep. Dengan muka ala-ala Yolanda ni, selamba je la cK layan dorang brief apa yang patut. Been a long time since i was kelam-kabut-rasa-nak-teriak-kekuat while doing event. To Chris, lain kali kita marathon lagi cari riben merah. 

Yang ketiga, cK bakal ada family day merangkap dinner hujung minggu ni. Lepas tu, hujung minggu cK akan penuh yang jemputan orang kahwin disana sini yang rata2 semua lagi muda dari cK. Hoh! Bilalah turn cK? Turn on selalu dah...miahahhah...Maka, rabaklah poket membeli hadiah dan juga baju baru (mungkin) untuk ke acara-acara tersebut. Oh, nangis!

Yang keempat, cK akan jarang-jarang buat public appearance dalam fesbuk ya kawan-kawan. Itu pun atas arahan Mr. IT yang suka buat sekatan jalan. Add gadget pun dah tak jalan. Sampai ke Twitter pun dia jejak juga. Sentap mak nok!

Tu je lah kot buat masa ni...Nanti cK tambah tolak apa yang patut . Korang rindu, cK tahu...Sabarlah...Daaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...