Tuesday, October 05, 2010

:: Rumah Terbuka ::

Semenjak bermulanya bulan Syawal, maka berebut-rebutlah kebanyakan individu dan organisasi menghantar jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Tahun ni terus terang cK buat announcement yang cK tak buat sebarang open house ya. So, diharap tidak orang yang menunggu-nunggu atau berkecil hati takut tidak dilayangkan jemputan. Sesiapa yang nak datang, cK silakan cumanya at this point of time...biskut raya memang dah tinggal serdak dan tin semata. Kalau korang datang bawak bekalan sendiri, itu lebih afdal. At least tuan rumah cuma perlu sediakan tempat dan buat air je. Ok apa...hehe.

Kerana adanya rumah terbuka inilah kita dapat peluang untuk susun jadual jalan-jalan cari makan kita. Pagi rumah sapa, tengahari nak makan mana...malam plak dinner rumah sapa. Dah orang jemput, takkan nak menyombong pula kan. Itu belum kira lagi yang clash  ngan kenduri kawin kan. Waktu ini jugalah, jalan-jalan dalam bandar boleh sesak seperti hari bekerja dan adakalanya lebih dahsyat dari hari bekerja. Bayangkanlah dari Melawati ke Ampang yang selalunya maksimum 15 minit tu boleh mengambil masa hampir 2 jam baru nak sampai. Horror!

Antara makanan yang cK cari kat open house
Bila dah sesah makan macam-macam. Yang jadi mangsanya siapa? Perut sendirilah. Baru je dia berehat sebulan, dah kena proses macam-macam. Maklumlah tuan punya badan sexcited nak pulun mentekedarah, makan free katanya. Mulalah jadi episod berkawan baik dengan Ms. Jam bin Ban. Yang sebu, yang beri-beri, yang perot dok membulat sebab isi tak keluar...pendek kata macam-macam hal lah. cK pun terjebak gak, sampai terpaksa melepak je kat rumah. Kang tak pasal-pasal dek kerana nak menahan gelodak perut, naik pula bau gas beracun kat rumah orang. Oh tidak!
cK harap sangatlah aktiviti makan free ni diteruskan tak kira waktu perayaan atau tak. Boleh anggap macam amal jariah, rapatkan silaturrahim sesama insan. Tak gitu? Ngee...Apa-apa pun cK nak minta maaf secara terbuka (pergh cam artis plak rasa kan) kepada mana-mana individu yang cK tak dapat penuhi jemputannya. cK ni bergerak solo tanpa manager so susah sikit nak manage. Ghitoo! Thanks for the invites thou. Jangan serik nak jemput lagi. Mekasih!

2 comments:

Mrs Jaja said...

love satay...rasa cam nak buat party satay la...hehehehe

Unknown said...

sodap tu ! ngee! pantas giler jaja mengomen kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...