Tuesday, October 12, 2010

:: Nilai Dua Puluh Sen ::

2 comments:
Apa itu dua puluh sen? Himpunan 20 keping duit syiling satu sen. Atau mungkin 4 keping duit syiling 5 sen. Boleh jadi 2 keping duit 10 sen. Tak pun, sekeping duit 20 sen. Nilainya? Boleh dibuat bayaran untuk masuk ke tandas awam mana-mana pusat membeli belah atau pun membeli gula-gula. Tapi peristiwa hari Sabtu lalu buat cK benar-benar faham nilai 20 sen.

Kadang-kadang manusia ni leka, lalai, pelupa (eh...cam sama je maksud semua?). Dengan tegar, cK pergi Jusco menemankan Mama yang beria mengajak. Tak terlintas langsung niat nak bershopping. Bila masuk pasaraya Jusco tu, cK pandang sepi je segala benda. 

Sampai kat bahagian market tu, serta merta cK jadi tak keruan. Aiyoo...cantiknya sayur dia...Fuiyooo fishball dia bulat2 betul. Mama pun kata yang fishball jusco ni best. Masa Mama buat sup hari tu pun, cK enjoy kunyah fishball. Kenyal beb. Dek kerana tak tahan, maka selamatlah fishball dengan beberapa jenis sayur masuk dalam troli. Labu a.k.a Mr pumpkin pun terjebak gak...

Jalan lagi dalam, Mama dan Papa ambil lampu kalimantang Phillips. Ada offer 20% untuk Jcard member. Lampu tangga tu dah macam disko, lip lap lip lap..it's about time nak minta tukar. Lepas dah try pasang, lampu tu pun masuk dalam troli. Tolak troli terus...nampak Maggi yang ada offer separuh harga sebab tarikh luput 3/11/10. Lagipun stok Maggi dalam kabinet tu tinggal sepeket dua ja. Nak la juga kalau time hujan2 renyai tu masak Maggi. Harum gile bau tumisan cili, bawang merah dan bawang putih. Tambah pula sawi ten pecahkan telur. Terbaiklah! End up, amik  Maggi masuk troli.

Jalan lagi nampak eskrem! My oh my...Nestle Cremeria tuuuuhhh...aiseh...iskk...kira aci la juga masuk dalam troli. Oh, ya susu HL! Boleh makan honey star for breakfast. Gitu! Ambik...jangan tak ambik...Sumbat dalam troli lagi.Best best! Hurm...apa lagi eh...oh...dekdek nak chacos. Pun amik gak sumbat dalam troli. Ok.cukup la kot...Kang nak naik atas plak beli ehem2 plak...

Sampai kat kaunter, nampak gambar ni...
Jeng jeng jeng...Hamik ko! Apa nak buat? Ketar jap rasa badan. Dem! hari Sabtu la der!!!! Aduyai...camne leh lupa? Isk...takkan nak kepit segala kot...Alahai! So...cashier tu pun dah cam serba salah. Maka, dia pun berkata "Hari ni no plastic bag day ye. Setiap hari Sabtu, kalau tak tahu. Nak plastik juga ke?". Dengan muka sebal cK kata "boleh ke?". "Boleh, tapi charge 20 sen setiap satu". 20sen satu? Dem! "Ok, bagi saya yang paling besar lah camtu". 

Tu dia...amik...yang paling besao...sumbat segala kering basah segala. Sungguh la rojak. Lainkali, jangan lupa bawa beg beso ke mana2 tak kiralah hari apa!

.

:: Harapan ::

No comments:
Surat khabar merupakan medium penyebaran berita utama dalam kehidupan seharian. Apa yang tertulis di tajuk utama / headlines memang bertujuan untuk menarik perhatian atau memberikan penekanan tentang sesuatu isu. Perenggan pertama penceritaan akan menentukan samada pembaca akan meneruskan pembacaan atau tidak. Dan, ayat seperti ini :

"Sekolah Harapan, the country's first school for unmarried pregnant teenagers...." yang dipetik dari sebuah akhbar utama berbahasa inggeris agak mendukacitakan cK. Why cant they just called it school for teenage mother which sounds more human than a nation embarrassment? cK tak nafikan yang ianya fakta  bahawa sekolah tersebut diwujudkan untuk mereka yang mengandung diluar nikah. Tapi, perlukah ianya dicanang berulang kali? 

Cuba tanya diri sendiri apakah kita suka kesalahan kita diungkit berkali-kali? Tak kisahlah salah kecil atau salah besar hatta terlupa nak pulangkan pen sekali pun boleh buat kita rasa nak sepok orang yang asyik mengungkit. Asal jumpa kita dok tanya "Eh, ko ada ambil pen aku tak? Ko kan memang suka ambil barang orang tak pulang". Sekali dengar pun dah berdesing, apatah lagi kalau hari-hari.

Life goes on. Beri mereka peluang untuk belajar memperbetulkan kesalahan mereka dan bukannya hidup dalam hukuman sepanjang masa. As a media, do more homework will you? There's always another way to convey your message. Kalau seorang janda yang ada anak kita boleh guna terma ibu tunggal kenapa tidak untuk ibu-ibu muda ini? Mungkin ada antara kita yang ambil mudah perkara ini dan berasakan tidak ada wajarnya golongan yang tersasar ini diberi peluang untuk menebus kesilapan mereka, ingatlah pada sabda Rasulullah saw: “Jika zina dan riba telah merebak di suatu kaum, maka sungguh mereka telah membiarkan diri mereka ditimpa azab Allah.” (HR. Al-Hakim).

Ya, ramai yang kata kubur masing-masing. Sapa suruh dorang tu bodoh sangat? Tak reti pakai protection? Padan makan, pandailah simpan. Langsung tiada ihsan dihati mereka untuk sama-sama membimbing golongan yang tersasar. And i bet, dorang takkan mampu untuk mendoakan pun agar saudara perempuan mereka ini boleh berubah. Untuk orang-orang yang pentingkan diri sendiri ini, i feel sorry for you. Kerana adanya orang-orang yang lebih gemar mencaci dari membantu inilah, perkara-perkara yang dahsyat kerap terjadi macam pembuangan bayi. Lebih senang bagi mereka yang bersalah ini untuk meneruskan kehidupan seharian dibandingkan apabila  mereka mengakui kesalahan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bertaubat.

Seperti yang dijelaskan oleh Imam Ibnul Qayyim, “Firman Allah Swt yang berbunyi: “Katakanlah, Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji, baik yang tampak ataupun yang tersembunyi” (QS.Al-Maidah: 33). Maka, adalah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama untuk saling ingat mengingatkan. Segala yang berlaku ada sebab dan kaitan samada kita sedar atau tidak. 

Tuesday, October 05, 2010

:: Rumah Terbuka ::

2 comments:
Semenjak bermulanya bulan Syawal, maka berebut-rebutlah kebanyakan individu dan organisasi menghantar jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Tahun ni terus terang cK buat announcement yang cK tak buat sebarang open house ya. So, diharap tidak orang yang menunggu-nunggu atau berkecil hati takut tidak dilayangkan jemputan. Sesiapa yang nak datang, cK silakan cumanya at this point of time...biskut raya memang dah tinggal serdak dan tin semata. Kalau korang datang bawak bekalan sendiri, itu lebih afdal. At least tuan rumah cuma perlu sediakan tempat dan buat air je. Ok apa...hehe.

Kerana adanya rumah terbuka inilah kita dapat peluang untuk susun jadual jalan-jalan cari makan kita. Pagi rumah sapa, tengahari nak makan mana...malam plak dinner rumah sapa. Dah orang jemput, takkan nak menyombong pula kan. Itu belum kira lagi yang clash  ngan kenduri kawin kan. Waktu ini jugalah, jalan-jalan dalam bandar boleh sesak seperti hari bekerja dan adakalanya lebih dahsyat dari hari bekerja. Bayangkanlah dari Melawati ke Ampang yang selalunya maksimum 15 minit tu boleh mengambil masa hampir 2 jam baru nak sampai. Horror!

Antara makanan yang cK cari kat open house
Bila dah sesah makan macam-macam. Yang jadi mangsanya siapa? Perut sendirilah. Baru je dia berehat sebulan, dah kena proses macam-macam. Maklumlah tuan punya badan sexcited nak pulun mentekedarah, makan free katanya. Mulalah jadi episod berkawan baik dengan Ms. Jam bin Ban. Yang sebu, yang beri-beri, yang perot dok membulat sebab isi tak keluar...pendek kata macam-macam hal lah. cK pun terjebak gak, sampai terpaksa melepak je kat rumah. Kang tak pasal-pasal dek kerana nak menahan gelodak perut, naik pula bau gas beracun kat rumah orang. Oh tidak!
cK harap sangatlah aktiviti makan free ni diteruskan tak kira waktu perayaan atau tak. Boleh anggap macam amal jariah, rapatkan silaturrahim sesama insan. Tak gitu? Ngee...Apa-apa pun cK nak minta maaf secara terbuka (pergh cam artis plak rasa kan) kepada mana-mana individu yang cK tak dapat penuhi jemputannya. cK ni bergerak solo tanpa manager so susah sikit nak manage. Ghitoo! Thanks for the invites thou. Jangan serik nak jemput lagi. Mekasih!

:: Makan. Doa. Cinta ::

2 comments:
"You have been to hell, Ketut?"
He smiled. Of course he's been there.
What's it like in hell?"
Same like in heaven," he said.
He saw my confusion and tried to explain. "Universe is a circle, Liss."
He said. "To up, to down -- all same, at end."
I remembered an old Christian mystic notion: As above, so below.
I asked. "Then how can you tell the difference between heaven and hell?"
Because of how you go. Heaven, you go up, through seven happy places. Hell, you go down, through seven sad places. This is why it better for you to go up, Liss." He laughed.
Same-same," he said. "Same in end, so better to be happy in journey."
I said, "So, if heaven is love, then hell is.. "
Love, too," he said.
Ketut laughed again, "Always so difficult for young people to understand this!"

Elizabeth Gilbert (Eat, Pray, Love

cK bukanlah peminat tegar filem-filem cinta yang ditayangkan di pawagam. Namun, harus diakui yang cK menangis bila menonton Titanic, Armageddon, Cinta dan Sepi. Tak kisah berapa kali tengok pun, sure rebeh air mata. Panggillah apa pun, hati jeli ke...hati kuntum ke..apa saja...cK terima. But please remember ye, NOT every lovey-dovey movie can make me cry a river ok. Not something like Maria Mariana or not even Sembilu. So, please people. Hiks.

So, recently cK pergi ke menonton Eat.Pray.Love (now on EPL) kat TGV, Wangsa Walk nun. Julia Robert bukanlah seorang pelakon wanita kegilaan cK but damned she's good. Ok unfair nak puji dia sorang. First thing first, the story itself memang best. Again, please remember people that is my personal view so kalau korang jenis hati batu, sorry can't help.

It is adapted from a novel written by Elizabeth Gilbert who's unhappy with her marriage. Decided to divorce and travel to Italy - for the food, India - stayed in the ashram to make peace with God and Bali - to find herself fall in love once again. Seriously, for those yang pernah bercinta dengan sepenuh hati will find that they can totally relates to this movie. And please people, kalau sesiapa rasa nak tengok hot chick sexy-mexy sampai terjojol mata, meleleh air liur ...nope. Tidak ada sama sekali. The most u can get is by using your mind to translate a line saying "You, American girl always come to Italy for two reasons. The Pasta and the Sausage".

Its a sweet, emotional kinda story. You'll be surprised to see Christine Hakim - a well-known Indonesian actress as one of the cast in the movie and Ketut will definitely make you smile when he come up with this "You need to learn to smile with your face, your mind and your liver". Get it? Orang selalu refer soal cinta ni dengan Heart...whereby heart is translated as Jantung. So, liver refer to hati. Bravo Ketut! Its Ketut not Kentut ok. And yes, korang boleh belajar a word or two of Italian - "Il bel far niente." yang membawa maksud "the beauty of doing nothing."

Think i have to have another round of this as i missed few minutes at the starting point. But, i have decided that this shall be a perfect gift for my upcoming birthday. I have made my reservation and i'm gonna collect it this evening. Which mean, u'll see me reading in the train tomorrow. How's that?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...