Selalunya bila menonton Buletin Utama, cK tak ambil port sangat bab2 sukan ni. Hari-hari tunjuk orang main bola. Tak bosan ke apa? Tapi sebagai rakyat yang prihatin dan sedar diri, cK relakan saja berita itu ke udara tanpa ada rasa untuk menukar siaran lain.
Dan buat pertama kalinya, cK rasa berita sukan lebih kontroversi dari berita dunia atau isu politik dalam negara. Ni antara petikan yang mendebarkan jiwa bila mendengarnya:
"KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram."
Berkerut dahi cK jap. Pastu ada lagi...
"Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini".
Siapa gerangan yang beri kenyataan? Ha .....Timbalan Menteri Kewangan ya kawan-kawan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein namanya. Kalau rasa nak baca panjang lebar, korang click je sini.
cK malas nak cakap banyak. Cuma nak capui mulut je sket:
Sapa yang giler tengok bola?
Lelaki.
Sapa yang kuar kenyataan?
Lelaki.
Sapa yang selalu rasa dia bijak pandai?
Lelaki.
Sapa yang bakal jadi kaki judi sekarang ni?
Lelaki.
Hebat sungguh mereka yang bernama lelaki ni kan? Demi untuk menyaksikan 22 lelaki lintang pukang lari sambil berpeluh-peluh atas padang kejar bola masing-masing yang sebiji tu, segalanya boleh.
Tunggu je lah kot ada mulut gatai yang kata "Judi itu haram tapi duitnya tak sebab dapat dari sumber yang sah maka ia boleh digunapakai untuk kebaikan bersama".
Akhir kata "Majulah sukan untuk negara".
No comments:
Post a Comment