Wednesday, May 26, 2010

:: Jom Ikea ::

" I suka shopping kat IKEA je. Murah. Outlet pon banyak kat KL".



There you go people. Well said, if and only if its a FACT. Still, ada bau2 riak pada kenyataan itu ya kawan-kawan. Ni la namanya konsep biar papa asal bergaya, yang melanda spesis manusia yang tak bersyukur dengan apa yang ada dan pantang melihat orang lain dikurniakan sedikit kelebihan dari segi ekonomi berbanding dirinya yang hanya berangan2 untuk menjadi orang kaya.

Kalau setakat datang IKEA makan karipap tak pun pusing2 je, rentikan lah nak meriak tu. Just be yourself. Malu? Lack of confidence? Semua orang bandar kena pergi IKEA baru nampak cool dan berduit? Ahhh...cut it off. 

Should you need to lie, do it with a style. Berpada-pada lah kalau nak menipu pun. Benda yang paling susah bila menipu ni, adalah untuk mengingati perkara apa yang ditipu. Penipu lebih banyak menyerlahkan penipuan mereka sendiri apabila keluarnya kenyataan-kenyataan bodoh dan berbelit-belit hingakan dia jadi sembelit.

Menipu memang memerlukan kadar confident yang tinggi. Tapi! Jangan sampai over confident. Jadilah cam acik yang sorang tu. Apa pun bersangka baik jelah kita...Mungkin dia maksudkan kedai runcit Cik Kiah kot, yang ada online shopping portal E-Kiah tu. Takpun, kedai perabot Ah- Kiah barangkali. 

Dunia-dunia. Eh, jom gi IKEA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...