Pernah tak korang lepak kat kedai kopi atau mamak? Oklah, mungkin cikai sangat bunyi kedai kopi / mamak tu. Bistro? Pernah dengar? Ha...sure korang dah bayangkan tempat yang cosy2, ada aircond..sejuk..kerusi empuk...Tol?
Kalau kata Kopitiam? Mesti rasa gah sikit. Macam high end la sikit bunyinya ye dak? Ada gak yang rasa seram-seram nak melangkah masuk Kopitiam ni. Kira standard Kopitiam ni bawah sikit dari Bistro. Depends area mana gak la. Pendek kata kalau masuk tu, harga air kadang2 dah boleh cover harga makan + air kedai mamak biasa. Tu dia!
Kalau di KL yang indah permai dan kota perniagaan yang sesak ni, sebut je nama Old Town (tak berapa nak old sebab ada dalam bandar), Bangi Kopitiam (not only in Bangi ya kawan2)..memang confirm2 korang pernah masuk. Kat tempat2 lain pun ada gak kopitiam..cam Kemaman Kopitiam (tak perlu susah payah gi Kemamam, ada je kat Kuantan)
Kalau korang tengok betul2, golongan lelaki adalah golongan yang paling gemar meluangkan masa untuk menghirup secangkir kopi dari berjenis2 tempat minum yang dah cK senarai pendekkan di atas. Berikut mungkin boleh dijadikan sebab musabab terjadinya dorongan ini:
1. Bini kat umah buat kopi tak sesedap yang ada kat kedai. Maklumlah, kat kedai ni kena bayar. Maka, mahu tak mahu kenalah abiskan dan menikmati dengan penuh taksub setiap tegukan yang ada. Kalau yang bini buat, tak abis kalu...masuk je dalam sinki tu...Setel.
2. Bila minum kat kedai rasa syok tu ada. Ini memang penting. Nak buat apa2 mesti ada feel, ada rasa kata orang-orang kita. Dikelilingi ngan kawan-kawan yang prihatin, kita akan jadi lebih berselera nak minum kopi yang ada. Acha Sepriasa pun kata "Berdua Lebih Baik". So, kenalah follow nasihat tu, tak gitu?
3. Time ni la pakcik2 nak lari dari cengkaman bini masing-masing. Cuci mata beb! Sapa takmo? Gila apa kalau tak amik kesempatan.
4. Masa ni juga waktu yang sesuai untuk mereka-mereka ni praktis public speaking, berdebat. Mana tahu kot tercalon jadi YB ke kan? Paling idak pun, ketua kampung pun dah ok sangat dah tu. Dorang leh sembang macam2...ada pasal bini, ada pasal politik...gossip...isu2 semasalah katakan!
5. Satu lagi sebab yang boleh dikiran penting juga yang menyumbang kepada tabiat memenuhkan kedai kopi/mamak/kopitiam ni adalah .... Adanya benda2 free. Free Wifi nak layan YM ke Fesbuk ke dan Astro. Ya la, boleh la juga buat layan tengok bola sambil-sambil sembang tu kan.
Kesimpulannya, ada baiknya dorang ni buat perhimpunan aman camni. Dapat juga mengeratkan sillaturrahim sesama insan. Yang pasti, selalunya dorang ni minum je bergelas2, makan idak pun. So, malam ni ke mana kita?
p/s : gamba ihsan kidnap dari page Ijurk.
No comments:
Post a Comment