cK tidak berniat untuk menjatuhkan air muka, air mata atau air peluh sesiapa ya. Namun, apakah perasaan anda apabila didatangi oleh jiran tak berapa nak sebelah rumah yang sarat dengan pelbagai pertanyaan. Mungkinlah niat dia baik, sekadar nak mesra alam...tapi, melalui pendengaran ultrasonik yang ada kat cK ni..bunyi dan maksud ayat yang dilontarkan tu..jauh panggang dari api ye kawan-kawan. Contoh paling ketara:
Dia kata : "Ni sewa ke apa ni?"
cK dengar : "Ni bukan umah sendiri ni. Tak mampu lah. Sure sewa. Kot murah, nak je aku rembat"
Dia kata : "Oh..umah sendiri. Saya beli rege market sekarang dalam 240k. Dulu murah je kan?"
cK dengar : Ala..dulu boleh la. Cuba try tengok beli umah ni sekarang. Takkan mampu la korang ni"
Dia kata : " Lama sangat ke dok sini?"
cK dengar : "Ala..kalau takat baru pindah, toksah banyak cakap"
Dia kata : "Saya keje RanHill. Saya jadi boss"
Ck dengar : "Sorry sikit. Tak main la keje cikai2. Kenalah mantap, baru bergaya"
Ha..ni tak campur lagi part anak dia kehulur hilir berlari macam tak cukup tanah ya, kawan-kawan. Sampaikan pasu-pasu yang ada beralih dari kedudukan asalnya umpama ada kejadian gempa seketika.
Ini tak masuk plak bab anak dia gatai tangan nak usik segala apa. Billa kita offer makan minum plak, abis segala sepah. Yang air tumpah la, yang makan beremah la. Aduiyai...
No comments:
Post a Comment