Friday, June 11, 2010

:: Meet...ing? ::

Saya adalah seorang manusia yang tidak sama sekali suka untuk bermesyuarat. Ini sama sekali tidak ada kaita mengait dengan isu saya gugup, gagap atau takut untuk membentangkan sesuatu usul. 

Saya cuma tidak suka masa saya dibazirkan dengan berbual secara beramai-ramai didalam sebuah bilik besar yang dilengkapi dengan pendingin hawa yang disetkan pada suhu 25 darjah Celcius bersama-sama beberapa kerusi empuk yang mengelilingi sebiji meja oval yang disambungkan pada wayar-wayar halus yang boleh memancarkan visual di atas layar putih sambil melayari internet jalur lebar tanpa wayar.  


Beberapa manusia akan bergilir-gilir membentangkan isu masing-masing sebelum dibahas, dibangkang, disokong oleh orang-orang lain yang berada di kawasan kejadian. Ada masanya, beberapa cerita akan diselitkan hingga memakan masa yang lebih lama berbanding pembentangan agenda yang sebenar. Di sambut pula dengan hilai tawa, serta gelak beria-ria oleh pekerja-pekerja yang cuba untuk membodek boss. 

Setelah penat bergelak ketawa, masing-masing bakal senyum lega kerana kopi dan kuih karipap ada tersedia. Kalau nasib baik, mungkin ada peluang untuk merasa bihun sedap air tangan akak cafeteria. Lebih banyak perkara berbangkit yang diperkata, maka banyaklah juga tarikh-tarikh tertentu terpaksa ditunda. Hasilnya? Lain kali kita cerita. Takpa, yang luak bukan duit kita.

Mesyuarat sepatutnya tempat untuk mencapai kata sepakat dan membuat keputusan akhir dalam sesuatu perkara. Bukanlah tempat untuk membuang masa berbicara hampir 15 minit tentang isu 'tandas'. Rimas! Itu belum kira 'iklan' tentang my son, my daugther, my previous uni, my fren...etc2. 

Mesyuarat bagi saya adalah satu detik penting untuk berkongsi maklumat dan membuat keputusan. As simple as that. Maka, saya kurang berminat nak bermesyuarat lama-lama untuk sesuatu yang boleh diselesaikan kurang dari lima minit. Lainlah kalau nak buat rundingan damai sebab opis kena tawan ke, ada orang letak bom dalam opis ke..ha itu ok kalau lama2. Kalau setakat nak keluar dari bilik dan gelak2 lepas tu terpaksa tunggu mesyuarat seterusnya baru nak selesai segala, terima kasih saja. Saya tak mau join ya.

Patutlah dipanggil minit mesyuarat. Memang sangat lama prosesnya. Nasib bukan saat mesyuarat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...