Sunday, June 13, 2010

:: Bila Inai Sudah Di Jari... ::

Ada perempuan sukakan manicure. Ya, cK juga. Cuma, cK lebih suka pakai buffer RM19.90 tu kilatkan kuku biar bersinar, sebatu dah nampak. Nak tepek kaler2 kat kuku, cK tak berapa minat. Tengok ok, buat tak mahu. Tapi, cK lemah bila tengok orang berinai. 


Harap maklum ya kawan-kawan, saya bukan jakun. Dan bukan juga meroyan rasa nak kahwin. Tapi, saya rasa teruja bila tengok tukang buat inai tu rilek je main lukis2 atas tangan orang. Tak payah nak tampal design ke apa. Free style je dorang buat. Memang tabiklah. 

Rasanya kali terakhir cK terjebak ngan inai ni masa raya dua tahun lepas kot? Tahun lepas ada gak cari, tapi tak jumpa. Kalau jumpa pun dorang bz sangat sebab time tu dah dekat ngan Deepavali. Semalam, masa cK jalan2 teman Mama kat Jalan TAR...cK nampak minah salleh sorang ni dok angkat tangan sambil jalan berhati-hati tak mahu dilanggar, terlanggar atau melanggar orang. cK nampak tangan minah tu ada inai! Oh teruja!


Sampai kat kedai bunga, cK sempat tanya awek kedai tu mana nak cari tukang buat inai. Awek tu offer nak bagi no telefon,tapi cK takmau. Bukan apa, cK percaya kalau dah rezeki cK sure jumpa. Kalau tak jumpa, takde rezekilah tu. Sambil2 jalan tu, tiba2 Mama kata "Ha, Kak! Tu orang buat inai!".

Jeng jeng jeng! Dah depan mata ni...seronok ni. cK tanya berapa. Dia kata "Lima ringgit je satu tangan". Oh yeah? Yeeehaaa!!!! Suka suka suka. Ya, cK tahu ini membazir..Maka cK takmau la spent so much on it. Setakat RM10 tu...oklah lagi. NI ada kedai charge sampai RM15 sebelah tangan. Ishh.gila gila.


Berdasarkan rekod peribadi, inai ni bagai hilang dalam masa 3 minggu lagi. Its ok, i love seeing them on my hand. Tak macam tatoo, sakit seksa je nak buat. Inai ni sejuk je. Sampai masa, inai kering dan jatuh sendiri. Now, cK bley bayang lari2 kat tengah padang, intai2 celah pokok..pastu golek2 sambil sari kena tarik ngan abam hensem. Meooowww! I loike lah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...