Friday, August 05, 2011

:: Salam Ramadhan Semua! ::

No comments:
Selamat hari Jumaat korang! Hari ni adalah hari kelima semua umat Islam berpuasa. Oh ya, memang ada yang masih belum nampak anak bulan Ramadhan dan ada juga yang nampak anak bulan lambat. Itu perkara biasa. Nak2 kalau korang perempuan.

Agak lama juga cK tak post eh terbitkan (sokong bahasa Malaysia ok!) di laman rumah ni. Ttak perlu bagi macam2 alasan, cuma yang pendeknya cK agak tebal Vitamin M. M untuk Malas ya kawan2. cK dah mula mencari hiburan luar dan cinta hati yang baru. Teman lama cK si FB tu pun dah macam cemburu dah. Hoho. Sekarang ni cK banyak berlibur dengan si burung biru dan ikan paus Twitter tu.

Kebanyakan masanya korang boleh berinteraksi terus (wah... bahasa!!!) dengan cK dilaman twitter menggunakan twithandle/id @adzra. Pendek saja. Senang nak ingat. Pernah cuba nak pakai @cK tapi dah ada orang lain yang dah guna pakai. Nak pakai @CikKuntum macam panjang sangat korang nak taip, terutamanya yang log in pakai twitter mobile. Maka @adzra dah cukup baik.

Wajib hafal untuk sebulan ok?
Ok ok..berbalik kepada cerita Ramadhan. Masih lagi berbuka dah bersahur dengan keluarga tercinta. Belum lagi ke mana2 hotel atau restoran untuk memenuhi undangan berbuka puasa. Awal sangat lagi pun. Biarlah dulu. Lagipun, tak sampai hati bila tengok Mama siapkan menu yang best2 untuk berbuka tu. Penat2 dia masak untuk anak dia, alih2 makan buffet juga yang menjadi pilihan. Tak boleh lah macam tu kan.

Walaupun cK ni bukanlah kaki Bazaar Ramadhan, tapi cK dah 2 kali buat lawatan di Bazaar Ramadhan kawasan rumah cK. Hari pertama puasa - sesak giler! Hari kedua - kurang tapi ramai juga. Kalau korang nak tahu, Bazaar kat Melawati ni memang selalu menjadi tumpuan ramai. Yang datang pun bukan hanya penduduk Melawati tapi dari Selayang, Wangsa Maju, Gombak malah Rawang pun ada! So korang cuba bayangkan! Maaf ya, cK tak snap gambar sebab haha... sekali lagi..... Malas!

Seriklah dua hari berkunjung. Tak sanggup rasa nak mengharung perjalanan, selit menyelit. Oh Tuhan! Tak Kuasa ok! ha...cukup dulu kot catatan pembukaan ni. cK nak kena lap habuk2 blog, sapu laman rumah..lama sangat kena tinggal. Kang orang ingat rumah berhantu pula kan?


Monday, June 27, 2011

:: Bukan Semua Yang Kecil Itu Cute ::

No comments:

Ha! Apa korang fikir tu? Fokus2. Kecil di sini merujuk kepada kejadian fizikal manusia yang lebih dikenali sebagai kanak-kanak. Budak kecil tak sikat rambut ala-ala out of bed - comel. Budak kecil bikin fringe meleret tutup mata macam Bieber - comel. Budak kecil pakai stokin lain2 warna - comel. 

Tapi, budak perempuan rambut kerinting terpekik terlolong marahkan mak bapak dia sebab tak dapat belon - so NOT comel. Budak lelaki yang berguling hentak2 kaki atas lantai sebab mak dia taknak belikan permainan - langsung TAK comel. Sama juga dengan budak kecil yang sibuk lompat2 kerusi lepas tu tersalah landing sampai kena orang dan langsung tak reti nak minta maaf. Lagi sadis bila mak ayah dia tak menegur sepatah pun perbuatan anak kesayangan mereka itu. Memang panas beb.

Mind you, cK bukan anti budak kecil ni tapi biarlah berpada2. Kalau terjatuh pastu nangis manja2, takpun kena marah then dia mencebik tu...Yes, itu comel. Kalau jenis yang boleh menaikkan darah dan rasa nak terkeluar biji mata bila kita pandang tu...Yang itu memang minta dijauhkan dari cK sejauh mungkin. Silap2 kang, cK ajar je budak tu cukup2. Dah mak ayah dia tak reti nak mengajar kan, kita tolong-tolonglah. Tak gitu?

:: Dah Kenapa Nak Merokok Depan Budak? ::

No comments:
Ok. Cubaan gagal. cK cuba nak biarkan je bulan Jun berlalu tanpa sebarang entry. Tapi makin dibiar, makin meluap2 pula semangat nak mengemaskini laman sesawang saya yang satu ni. Terima kasih cK ucapkan kepada dua pasangan suami isteri yang merupakan penyebab untuk cK menulis entry ini. 

Kalau nampak lelaki merokok tu pelik tak? Tak. Kalau terserempak perempuan lepak tepi LRT atau tangga tepi air terjun KLCC tu merokok pula pelik tak? Pun tidak. Budak2 sekolah yang pakai uniform sekolah selamba singgah kedai mamak, beli rokok sorang sebatang tu pelik tak? Lagilah tak. Buatlah apa jenis kempen TakNak ke apa ke, hasilnya orang masih hisap rokok. 

cK bukanlah insan yang tergolong dalam golongan penyedut asap primary, tapi cK jatuh ke tahap sekunder. Mana taknya, asyik sedut asap rokok orang je hari2. Terkesan jugalah hati, paru2 cK ni. Yang paling cK tak boleh terima sama sekali, bilamana ada ibubapa yang sukarela lawan hembus asap depan anak kecil depa. Dalam banyak2 tempat nak merokok, apa halnya nak merokok depan budak, anak?

Rasa berkuasa ke kalau merokok secara terbuka? Sedangkan kalau dorang merokok depan anak dewasa dorang pun  cK menyampah ini pula depan anak kecil umur 4-5 tahun. Apa yang korang cuba buktikan? Kalau dari kecil dah didedahkan dengan rokok, jangan buat2 terkejut bila stok korang makin lama makin susut. Nak beli tak mampu, maka rembat saja stok yang ada di depan mata. 

Tengok gaya si isteri ngan suami macam muka terpelajar. Tapi sayang, meleset sama sekali. Mereka masih perlu diajar. Perlu diajar yang cara mereka mendidik itu salah dan tidak beretika. Cuba didik anak2 mereka dengan perkara2 yang lebih bermanfaat - mengaji qura'an, belajar jawi hatta membaca buku cerita Inggeris. Ini tak, belajar mengenal tobacco. Makin lama makin tidak sihat generasi muda kita. Hasilnya, anak cucu kita semua punya masalah kesihatan. Salahnya siapa? Salahnya kita! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...