Showing posts with label halehwal. Show all posts
Showing posts with label halehwal. Show all posts

Monday, June 27, 2011

:: Bukan Semua Yang Kecil Itu Cute ::

No comments:

Ha! Apa korang fikir tu? Fokus2. Kecil di sini merujuk kepada kejadian fizikal manusia yang lebih dikenali sebagai kanak-kanak. Budak kecil tak sikat rambut ala-ala out of bed - comel. Budak kecil bikin fringe meleret tutup mata macam Bieber - comel. Budak kecil pakai stokin lain2 warna - comel. 

Tapi, budak perempuan rambut kerinting terpekik terlolong marahkan mak bapak dia sebab tak dapat belon - so NOT comel. Budak lelaki yang berguling hentak2 kaki atas lantai sebab mak dia taknak belikan permainan - langsung TAK comel. Sama juga dengan budak kecil yang sibuk lompat2 kerusi lepas tu tersalah landing sampai kena orang dan langsung tak reti nak minta maaf. Lagi sadis bila mak ayah dia tak menegur sepatah pun perbuatan anak kesayangan mereka itu. Memang panas beb.

Mind you, cK bukan anti budak kecil ni tapi biarlah berpada2. Kalau terjatuh pastu nangis manja2, takpun kena marah then dia mencebik tu...Yes, itu comel. Kalau jenis yang boleh menaikkan darah dan rasa nak terkeluar biji mata bila kita pandang tu...Yang itu memang minta dijauhkan dari cK sejauh mungkin. Silap2 kang, cK ajar je budak tu cukup2. Dah mak ayah dia tak reti nak mengajar kan, kita tolong-tolonglah. Tak gitu?

:: Dah Kenapa Nak Merokok Depan Budak? ::

No comments:
Ok. Cubaan gagal. cK cuba nak biarkan je bulan Jun berlalu tanpa sebarang entry. Tapi makin dibiar, makin meluap2 pula semangat nak mengemaskini laman sesawang saya yang satu ni. Terima kasih cK ucapkan kepada dua pasangan suami isteri yang merupakan penyebab untuk cK menulis entry ini. 

Kalau nampak lelaki merokok tu pelik tak? Tak. Kalau terserempak perempuan lepak tepi LRT atau tangga tepi air terjun KLCC tu merokok pula pelik tak? Pun tidak. Budak2 sekolah yang pakai uniform sekolah selamba singgah kedai mamak, beli rokok sorang sebatang tu pelik tak? Lagilah tak. Buatlah apa jenis kempen TakNak ke apa ke, hasilnya orang masih hisap rokok. 

cK bukanlah insan yang tergolong dalam golongan penyedut asap primary, tapi cK jatuh ke tahap sekunder. Mana taknya, asyik sedut asap rokok orang je hari2. Terkesan jugalah hati, paru2 cK ni. Yang paling cK tak boleh terima sama sekali, bilamana ada ibubapa yang sukarela lawan hembus asap depan anak kecil depa. Dalam banyak2 tempat nak merokok, apa halnya nak merokok depan budak, anak?

Rasa berkuasa ke kalau merokok secara terbuka? Sedangkan kalau dorang merokok depan anak dewasa dorang pun  cK menyampah ini pula depan anak kecil umur 4-5 tahun. Apa yang korang cuba buktikan? Kalau dari kecil dah didedahkan dengan rokok, jangan buat2 terkejut bila stok korang makin lama makin susut. Nak beli tak mampu, maka rembat saja stok yang ada di depan mata. 

Tengok gaya si isteri ngan suami macam muka terpelajar. Tapi sayang, meleset sama sekali. Mereka masih perlu diajar. Perlu diajar yang cara mereka mendidik itu salah dan tidak beretika. Cuba didik anak2 mereka dengan perkara2 yang lebih bermanfaat - mengaji qura'an, belajar jawi hatta membaca buku cerita Inggeris. Ini tak, belajar mengenal tobacco. Makin lama makin tidak sihat generasi muda kita. Hasilnya, anak cucu kita semua punya masalah kesihatan. Salahnya siapa? Salahnya kita! 

Tuesday, February 01, 2011

:; Hal Ehwal Dating - Part 2 ::

2 comments:
Edisi sambungan ngomelan sebelum ini. Kalau sebelum ni cK tulis pasal perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum / ketika / selepas dating, kali ni cK nak share perkara yang sama sekali tidak wajar dilakukan ketika berdating. Teruskan membaca kalau korang nak ada harapan cerah for the next date. Tiada unsur paksaan disini. 

Apa pun, senarai yang bakal korang baca ni adalah berdasarkan pengalaman cK sendiri. Things that i hate during date:

1. Datang lambat. Dalam bandar Kuala Lumpur ni, jam memang merata. So, opt for LRT if you may. Unless, korang ada plan nak gi tempat jauh which require other mode of transportation. Still, jangan lambat. First impression counts ok. Kalau really lambat, 10 minutes dah kira max. Please learn to tect him / her and inform them. Jangan buat dia macam tunggul menunggu. 

2. Lupa nak calit deodorant. Ok, sorry. Bukan niat nak hina, tapi tolong jangan lupa pakai deodorant kalau korang ni jenis cepat berpeluh dan kuat bau badannya. tak semua orang mampu beli perfume yang mahal tu. Nak beli One Drop pun berkira2, apatah lagi nak beli Polo ke DKNY kan. So, most common belilah deo. Walau tak pergi dating, korang still b oleh pakai untuk daily. Build up ur cofidence plus tak menyeksa pihak yang lagi satu. 

3. Jawab call / sms lebih dari 5 minit. Sangat tak cool ok. No matter how boring your date is, don't you ever answer those calls more than you should. Have some mercy. Worst kalau korang tengah syok2 borak, tup2 kamu sembang plak dengan ntah-sapa-sapa on the other line and totally ignore ur date. Nganga je dia. Kesian wooo. A big NO.

4. Related to number #3. Bila jawab call tu, jangan bercakap kuat2 sampai nak terkeluar anak tekak. Malu y'all. Macam nak broadcast to the whole world plak on your conversation. C'mon you are not a superstar so, why talk so dem loud. Cukuplah kamu dan pihak lagi satu tu dengar. End of story.

5. Avoid free politic campaign. Out of so many topics available, kenapa nak kena cakap pasal politik? Fine, keadaan politik kita ni macam2. At there's a lot to talk about. Haraga minyak, krisis Mesir, empangan Bakun, banjir kat Tenang. Pendek kata, macam-macam. But, i am not comfortable with a man who talk like a politician. Remind me alot to NATO - No Action Talk only. Lagi teruk bila dia kata 'i memang tak pernah mengundi. Buang masa'. Dang! There goes your so call - brain. Please la weih. 

6. The biggest one of all. When you are the one who called up for a date, NEVER. EVER. ask the other party "Lagi, nak buat apa?". Wrong move. When you invite that someone on a date, please plan it in advance. Give suggestions, not asking questions. Ni la spesis yang cK paling kureng sekali. Ajak orang keluar tapi blur cap ayam tataw nak buat apa. Mencik tol. Ingat ye, you should have figure it out. Lepas tu, bila orang bagi cadangan, mula la nak bangkang. Tak suka tempat ramai orang, crowded sangatla itu la ini lah. Bengong.

7. Don't talk with your mouth full. Jaga adab sikit cik kak / cek abang. Nampak gelojoh la kan kalau time tu nak bercakap, time tu juga mengunyah. Tersembur-sembur pula nanti. And make sure, lepas makan tu gigi takde terselit apa2 sisa makanan. Tak pasal jadi iklan Dentyne plak.
8. Please sit eye to eye while having ur meal. Bertentang mata. Bukan bersebelahan. Why? It's easier to talk bila berdepan dari terteleng2 kepala kan? Plus, kurang sikit risiko nak meraba, kena raba, diraba atau teraba. So, masing2 selamat. Kan bagus begitu?

Nanti cK tengok apa ada lagi yang boleh dijadikan guideline. I'm not the master but at least i can share a thing or two with you. Sharing is caring kan? Kalau nak diikutkan agama, kita ditegah berdua-duaan kerana yang ketiga itu pastinya syaitan. Tambah pula kalau iman yang lemah, silap haribulan terjerumus ke lembah zina. Nauzubillah! Kalau date korang tu jenis yang miang, eloklah minta excuse balik segera. You don't have to listen ayat2 menyakitkan telinga dan mual tu. Be in control people!

:: Hal Ehwal Dating - Part 1::

2 comments:
Date? Apa tu? Date yang cK maksudkan disini bukan tarikh yer kawan-kawan. Please refer it to dating atau budak2 sekarang ni kata ngedet. Kalau ikut wikipedia plak dating tu maksudnya :

"A form of human courtship consisting of social activities done by two persons with the aim of each assessing the other's suitability as a partner in an intimate relationship or as a spouse "

Date ni ada banyak minimum 2 jenis. Blind date, Normal date. Blind date tu bila korang cuma kenal ala2 sekadar dipinggiran je pihak yang lagi satu tu then decide nak go for first date. By saying sekadar dipinggiran tu, maksudnya maklumat yang korang ada memang sangatlah limited edition. Korang mungkin kenal dari tersalah nombor (oh, trick ni saya suka) atau kenal kat chat gitu2 dan korang probably cuma tahu nama pendek atau nama samaran. Mendebarkan. Normal date ni plak bila korang memang dah sahih jadi couple - boypren, girlfren dan keluar date untuk mengisi masa lapang bersama.

Sebelum boleh pergi date ni, kena buat homework sikit untuk prepare itinerary / program hari tu. Yelah kan, bukannya jumpa kawan2 biasa, potential prospect ni. Haruslah debaran tu lain macam. Sexcited lagi tu. Macam2 berlegar kat kepala. Antara benda2 yang terlibat (tanpa turutan):

1. Fikir mana nak pegi. Paling baik bila first time ni, jumpa kat tempat publik je. Manalah tahu, in cyber sounds so like a lover sekali bila keluar dia jadi monster. How? When i said public, shopping complex would be the best place. KLCC, Sg. Wang, Perangin Mall, 1Borneo, EC Mall. Orang ramai, yes. Tapi more secure sebab apa2 pun tempat camtu ada security guard. Kalau dia try macam2 senang je nak jerit. Avoid naik kereta ngan orang yang baru dikenali. We just never know what it will lead u to.

2. Next,fikir baju apa nak pakai walaupun selama hari ni main ambil je apa yang tersangkut kat hanger tu. Mula fikir warna apa yang sesuai ngan kulit, fashion yang macam mana. Kacaulah kan kalau warna baju tak masuk ngan warna kulit. First impression counts la katakan. So, biarlah si prospek tu tenang memandang. Kurang2nya, boleh gak dia bercerita kat kawan-kawan yang kita ni ada style.

3. Mula gigih survey mana2 tempat makan yang affordable.Boleh jadi family restaurant - McD, KFC hatta Pizza Hut sekalipun. Atau, boleh jadi mana2 restoran mamak /nasi kandar. Kalau rasa nak pegi foodcourt pun ok. Cuma kalau boleh gerai2 tepi jalan tu elak-elakkanlah. Nampak sangat tak semenggah. Unless, it is well-known gila babas i.e stall cendol kat Penang tu. Ha yang camtu ok. Kalau tak, nampak tak hygiene tu korang lupakan je lah. A Big NO for first date.

4. Go dutch? Let him / her pay? Oklah. As much as we love free items but i dun think its fair to let him/her sponsor ur meal nor ur expenses for first timers. C'mon we can tanggung our own-selves didn't we? If he / she offers to pay, fine. Respect that. But seriously, if you are a man...try not to let the girls pay. Thou its not written anyway but by doing so, you kinda at least show her that 'gentleman' does exist this day. 

5. Aktiviti sampingan. Bila jumpa tu, takkan nak tawaf shopping complex then makan je ye dak? Well, it can be done that way. Tapi boleh juga buat aktiviti lain depending on your timeline. Contohnya, kalau pegi KLCC boleh masuk Galeri Petronas tu. You know what? Kadang2 kita boleh tau peribadi dan sensitiviti seseorang bila tengok pameran seni ni. Cubalah. It's free anyway. Lepas tu leh gi jenjalan kat park plak. Tak pon, masuk Petrosains. The cheapest will be movie at TGV. See thats why i like KLCC as meeting point. Senang. It can never be boring.

6. Sila ingat perkara2 yang ingin korang bualkan. I mean... have a draft on ur mind at least. So that, i wont be dull. Communications is important to keep the event lively. Taklah macam jalan ngan orang bisu kan. Ada banyak menda kat ur surrounding to talk about. So, use them wisely. Orang dulu2 selalu start ngan cuaca. Kita pun boleh juga. Pastu leh sambung pasal twitter, facebook, or kerja atau orang2 kat tempat kerja. Yang paling mudah, cerita pasal hobi. Tak caya, cubalah.

7. The goodbye. Ha, tak payah ngada2 nak kasi goodbye kiss. But jangan lupa mention that you enjoy his/her company. Berbudi sikit lah. Kalau rasa tak syok pun, kendian hari takyah jumpa. For guys, i would recommend you to at least text the girl after an hour or two asking whether she have made it home, safe and sound. Thou she might not into you for the next date or what so ever, by doing so she just know you care about her. So why not?


Guess, that's about it la. Sikit-sikit tip pasal nak ngedet ni. Lain orang, lain cara. Bottom line, basic rules still sama. So, jangan over.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...