Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

:: Cubaan Pertama Bikin Molten Cake ::

2 comments:
Post pertama untuk bulan May akan dimulakan dengan makanan! Huma huma! Hari ni cK cuti sempena Hari Wesak. Macam biasa, bila hari cuti ni otak akan ligat berkordinasi dengan perut dalam usaha mencetuskan nafsu makan yang melampau. Maka, secara automatiknya cK terus mengidam nak merasa kek. 

Mungkin juga salah baby phat (Nabil, don't kill me) sebab berjaya memancing mood makan dengan gambar lemon cheese cakenya. I am so gonna do that soon. Untuk hari ni, cK cuma guna bahan2 yang ada di dapur tu. Terhasillah dengan penuh kasih sayang Molten Chocolate Cake. Nama lain untuk kek ni  adalah Lava Choc. Yang sibuk merata Secret Recipe, Domino, Rasamas tu dok promote tu. Being me yang berjimat cermat ni, terasa mau bikin sendiri. Puas hati kot kan? 

So, kat bawah ni resepi yang korang leh praktikkan. Dan yang best semua ni boleh siap dalam 10 minit. Best tak ? Best tak? Bahan2 yang cK senaraikan dibawah ni boleh dicampur sekaligus tapi cK bikin dua mangkuk. Konon2 lebih tertib.



Bahan A
a. 3 sudu besar mentega - cairkan
b. 3/4 cawan gula
c. 1 biji telur
d. 1/4 cawan susu - cK try pakai HL sedap je
e. 1 sudu kecil vanilla - bajet satu penutup pon ok


 
Bahan B
a. 1/2 cawan tepung serba guna - tepung gandum pun ok je
b. 2 sudu besar serbuk koko - cK guna Van Houten
c. 1/4 sudu kecil baking powder
d. Secubit garam halus

Cara-cara pembikinan:
1. Gaulkan semua bahan2 diatas sehingga rata mengikut agihan bahan2 dalam dua mangkuk berlainan.
2. Setelah Bahan A larut sepenuhnya, masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Greasekan mangkuk atau apa saja bekas (bekas plastik pun ok) janji microwave safe supaya tidak melekat.
5.Tuangkan adunan tadi dalam bekas. Tutupkan bekas tersebut
6. Set microwave pada High dan masak untuk 2 minit maximum.
7. Keluarkan dan tunggu sejuk 5 minit. Terbalikkan atas pinggan.

Tarrrraaaaaaa.....

 
Senang bukan? Maka apa lagi tunggu, cubalah!

Tuesday, September 08, 2009

:: Masak Lomak Cili Padi Ayam Cik Kuntum ::

3 comments:
Puan2..kembali kita bersama lagi dibulan puasa ini. Ha, puasa tak hari ni Kak Jah? Ni nak katalah kan..kalau bulan2 puasa ni kita punya nafsu makan..Ya Allah...macam sepuluh hari tak makan. nampak itu nak...nampak ini pon nak. Kalau boleh semuanya nak dibedal tp ingat...Bulan Ramadhan ni jangan sampai membazir ya.

Oklah..hari ni Kuntum nak tunjuk cara-cara nak masak lomak cili padi. Hari ni punya resepi kita guna ayam ye, puan-puan. Ayam ni ikut suka nak beli kat mana..Giant, Tesco, Carrefour...Chow Kit pon bole...Opps! Hari ni kita pakai seekor ayam je le..Ikut suka nak potong berapa..Nak besar, potong 4...Yang sedap potong lapan..potong doblas pon boleh. Sapa tak suka kulit, lemak banyak..buang sesiap ye.

Bahan2 yang nak dikisar pula meh tengok sini.

5 ulas bawang merah, 2 cm kunyit hidup yang besar2 ibu jari, cili padi sesuka hati ya. Kalau nak pedas, tambah la banyak..kalau tak...dalam 15 - 20 biji tu dah kira ok. Ok...Cik Kuntum suka masukkan serai..titik2 kan aja...tak perlu blend sekali. Dua tangkai serai tu dah cukup da nak bagi aroma nyer naik. Baru selera nak makan. Tak gitu? Asam keping jgn lupa. Sekeping yang besar dah cukup untuk mematikan hanyir ayam tu. Tak lupa juga kentang dalam 3 biji, potong 4.

Blend abis semua bahan2 tu, guna santan senang. Sukatannya? Sebijik kelapa yang bole perah dua kali. Atau, setengah kilo. Dah kisar...terus masuk periuk. Jangan lupa panaskan plak. Masuk ayam, campak serai pastu campak asam keping. Kacau, jangan sampai pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa bersama-sama kentang. Syaratnya, api mesti sederhana besar...Kena rajin kacau. Kalau pecah minyak nanti, tak sedap Cik Jah oiii!


Bila ayam tu dah bertukar warna (putih) dan kentang pun dah masak...dah nak sudah la tandanya tu. Atau korang boleh perhatikan kuah gulai tu menggelegak tanpa berbuih2 ketul ... kalau berbuih ketul2 tu...dah kira pecah santan la tu. Hidangkan dan makan bersama nasi panas. Boleh dikawankan dengan sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Selamat mencuba!

Monday, February 02, 2009

:: My Craving ::

6 comments:
Do you know what will happen when i want sumtin so badly? Its just a step away to find out dude!

I wanted to have Mekdi Sundae Cone @ RM0.50 cents (for every first day of the month) but refuse to break the boycott (of my own) for Gaza issue.

So, this is what happen when i crave for one. Instead of buying, i made my own dessert! Nyummy!


1) Put 2 table spoon of Ribena (with glucose) to a bowl - size / color of your choice



2) Next, put in 3-4 scopes of vanilla ice cream in the bowl - u can have more if u want to




3) Take a hands full of Cornflakes and sprinkle it on the vanilla ice cream



4) For finishing, top it with a tea spoon of rasberry / strawberry jem

Tarrrraaaa!!!! Yey! Anyone care to name this dessert?


Tuesday, September 16, 2008

Kebabun Al Mahmudah

7 comments:
Resepi kebab simple ni Cik Kuntum dah janji ngan Sue Siput nak publish.

Bahan-bahan (untuk sebungkus roti pita)

1. Roti pita - leh beli je kat pasaraya, opt for croissant kalau nak lebih kenyang
2. 5 keping daging burger- goreng lu then,hiris (kalau lebih pon ok je)
3. Separuh kobis - mayang halus2, kalau tak suka leh je pakai salad
4. 1 btg lobak merah hiris halus2 panjang2
5. 1-2 ulas bawang besar (ikut saiz) - mayang kan
6. Mayonis sesedap rasa
7. Thousand Island sesuka hati
8. Paprika dan tomato (kalau nak la)
9. Garam sikit

** untuk no 6-8, kuantiti mestilah cukup untuk melembabkan daging

Cara nak buat?

1. Pastikan bahan2 yang patut dihiris, dimayang dah selamat dihiris dan dimayang.
2. Masukkan semuanya dalam mangkuk dan gaul bersama mayonis dan thousand island.
3. Bila dah rata, masukkan sikit garam dan paprika.
4. Satu keping roti pita leh dikerat dua. Memang dah siap dah pun berlubang kat tengah.
5. Sumbat masuk isi yang dah digaul rata tadi.
6. Hidang dan jemputlah makan.


Masak Lemak Cili Padi Siput

4 comments:

Dah lama tak merasa lauk nih.

Apa yang kena ada untuk masak lauk nih?

Bahan - bahan yang tak di mesin
1kg siput sedut (mesti buang belakang buntut tu, baru senang sedut)
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit (kalau nak hiris pon ok)

Bahan - bahan yang kena mesing / giling / blender
20 tangkai cili api (ikut la..kot nak pedas g tambah la
3 ulas bawang merah
Kunyit hidup (ala2 besar ibu jari)
Garam

Camana nak masak?
1. Masukkan siput tu dalam periuk (Ingat, siput je bukan sue siput!nyeh2)
2. Masukkan juwa bahan2 yang korang dah blend tu. Gaul rata2 ngan siput.
3. Agak2 dah gaul rata, korang masukkan santan cair.
4. Biar mereneh , then masuk santan pekat.
5. Dah ala2 mengelegak, masukkan daun kunyit.
6. Taraaa....dah siap pon! Hidangkan dan ngap dengan nasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...