Wednesday, July 14, 2010

:: Saya & Perut Saya ::

Semalam semasa cK berada dalam LRT, seorang lelaki telah menawarkan tempat duduknya pada cK. Baik hati kan lelaki tu? Kalau ikut logik, memang ler baik budaknya. Tapi, sebagai seorang perempuan yang mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi melampau, cK rasa kurang best. 

Mungkin kalau yang offer tu seorang mamat yang cute ala2 muka Messi, mungkin la...ya, mungkin ya kawan2...mungkin cK akan redha dan senyum manja siap kedip2 mata dan ucap terima kasih dan tanpa was-was melabuhkan punggung. Tapi...yang ni lain sikit. Mamat ni ada rupa2 cam mamat dispatch (sebab tengok dia pegang banyak surat ngan beg yang agak besar) dan pakai spek hitam di waktu malam. Hurm..payah sikit nak turn on lah. 

Apa-apa pun itu bukan isu nya. Yang buat cK rasa cam tak syok tu sebenarnya adalah rasa curiga pada niat mamat tu offer tempat duduk. Adakah dia memang gentlemen? Kalau begitu, baguslah sapa2 yang bersuamikan dan bermenantukan dia. Cumanya...selama cK naik LRT ni belum ada lagi sejarah yang lelaki akan offer tempat duduk kat perempuan macam tu je. Melainkan.....!!!! Jeng jeng jeng.......

Adakah perut cK yang ala2 'sehat' ni punca segala-galanya? Adakah? Betulkah? Benarkah? Mungkinkah mamat tu ingat yang cK ni pregnant? Maka, dia pun dengan senang hatinya offer tempat duduk dia kat cK. Yelah, takut2 kalau LRT buat hal, emergency break ke kan...Taklah nanti ibu mengandung ni terhoyong-hayang kan? Arrrrghhhhh!!!!!

Adakah saya paranoid kerana berfikiran begitu? Adakah saya poyo? Takkan ler kot kan sampai tahap kritikal camtu. Mungkin ada benarnya...tapi orang tua-tua selalu kata, jangan buruk sangka. Tak gitu? Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Bila orang dah offer seat tu, rembat je jangan banyak tanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...