Monday, February 28, 2011

:: Bangla Pun Pandai Beratur Weih ::

5 comments:
Di hari yang berkat ni maafkan cK jika ada bahasa yang digunapakai dalam coretan cK kali ini agak tidak semenggah. Ya, tak boleh blah. cK cuba habis baik untuk tidak menyumpah, melaser atau mecarut pada entry kali ni.

Korang ingat tak waktu sekolah2 dulu bila perhimpunan harian atau mingguan kat sekolah masing2? Ha ah..yang kena diri tegak nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri masing2 dan lagu sekolah. Ada juga bacaan doa dan ikrar. Yang paling boring bila dengar pengetua bebel la kan. Tak abis2. Asyik2 emo je dia ngan murid2 sekolah dia. Kadang2 kita doa perhimpunan tu habis lambat dengan harapan, waktu yang seterusnya tu 'burn'. Nak2 nyer bila terlupa siapkan homework.

Ada lagi...Time tu la pengganas eh pengawas nak check kuku la, rambut la, baju dalam la...Haih. Ramai la jadi mangsa kena kerat rambut depan2 public. Yang rambut kaler2 plak, cikgu disiplin siap sponsor suh pakai tudung. Hambik korang! Pehtu penuh la rekod masing2 dengan mata2 demerit. Oh, sadis!

Tapi...apa yang paling penting dalam setiap perhimpunan pagi? Apa? Apa? Boleh ke korang duduk bersepah sesuka hati? Sorang kat utara, sorang kat selatan? Boleh? Haruslah tak! Kita semua kena beratur dalam barisan ikut kelas masing2.Siap ada pengawas lagi setiap kelas tu. Dialog rasmi "Luruskan barisan. Angkat.  Jatuh. Angkat. Jatuh". Ha..camtu la lebih kurang kan. Kena plak beratur ikut ketinggian untuk mengelakkan diskriminasi kepada mereka yang kurang ketinggian. Huhu.

Time rehat plak bila nak beli makanan pun kena beratur. Bertolak, bersesak tu lain cerita.Cuma hakikatnya korang kena beratur. Bila dah bekerja pula setiap kali nak gi withdraw duit dan orang ramai (especially time2 dapat gaji cam hari ni) korang kena beratur kan. Hish...tak susah nak faham. Gi tengok konsert, tengok bola, masuk kelab, nak bayar barang bulan yang beli kat Giant ke Carrefor...janji yang ramai orang, sure kena beratur.


Samalah juga bila naik bas. Bangla yang share bas ngan cK pon reti beratur. Tapi! Ada 2 brother muka macam cerdik menggalas beg laptop kelihatan menebeng kat celah2 orang ramai. Ada sorang mamat Indon tu dok pandang2 brother berdua tu dengan muka berkerut. Nampak betul ketidak puasan hati dari riak wajahnya.  Tapi dia diam je sambil bagi renungan tajam.

Bas pun sampai and guess what? The two men selamba2 je menyelit sikit2 masuk line. Sambil buat aksi bercakap kat henpon dan ala2 tak perasan yang orang beratur berlingkar macam ular, sardin je dia pandang bas takmau toleh2 langsung. Bukan apa, takut kena laser ngan mamat Indon belakang dia la tu. Bila dah naik pula, bayar tambang bas yang RM2 dengan not RM50. Tak ke bebal namanya? 

Terkial2 driver bas nak cari duit tukar. Yang mamat tu pula, duk main tayang2 not 50 dia sambil buat muka tak puas hati. Derrr...Kau yang sengal, potong barisan lepas tu berlagak tak bertempat bayar duit bas dengan duit besar pasal apa. I wonder not berapa plak ko hulur bila nak masuk toilet kat shopping complex yang rata-rata tiga posen tu? Nak kata budak, dah layak jadi bapa budak. Tapi sayang, akalnya tak sekali pakej dengan otak. Kalaulah mamat dua orang tu potong depan cK, mahu cK tempikkan kasi malu. No mercy ok. Orang-orang bodoh sombong ni, kena diajar macam tu je. Kalau tak, makin dia berlagak.

Teringat pula kat satu iklan suatu ketika dahulu "Beratur, jangan memotong barisan".

Tuesday, February 08, 2011

:: Hot and Not ::

2 comments:
Seksi adalah sesuatu yang subjektif untuk diperkatakan. Cuma lumrahnya seksi mesti dikaitkan dengan kaum wanita. Bukan sebarangan wanita, tapi selalunya golongan artis yang jadi rujukan utama. Dan selalunya ia dikaitan dengan cara berpakaian. Lebih kurang kain, lebih banyak lurah dan bonjol, lebih seksilah orang tu dikategorikan. Hot plak bila ketrampilan seseorang tu 'panas' selalu - mengancam pendek kata.

Ada beberapa wanita yang cK rasa seksi dan hot tak kira apa yang yang dia sarung kat badan.  Ada juga yang beria-beria pakai ketat, singkat tapi tetap tahap suam-suam kuku je. Kat bawah ni adalah padangan cK terhadap beberapa wanita yang hot and not yang ada kat muka bumi ni :


1. Stacy Ann Ferguson a.k.a. Fergie BEP 
Dia seksi. Dia hot. Perut dia cantik walaupun peha dia besar sikit. Mungkin hasil dari hobi dia yang gemar berjogging. Tapi cK nampak dia ni suka mekap lebih2 bila nak perform. Nak dapat aura stage persona barangkali. For me she is beatiful, so no need tepek mekap overdose.
Rating : Hot y'all


2. Beyonce Knowles
Ultimate seksi y'all. Dia tutup ke, bukak ke, kasi teaser ke...Body dia memang nyummy dengan curve yang cun. If i were given a choice, i will definitely date her. Sounds so gay eh? Huhu. Dia ni kategori  maskulin build sket la. Tegap, pejal, mantap. Peha dia pun besar sikit tapi balance with the rest. Voluptuous. Aum!  
Rating : Hot y'all


3. Ifa Raziah
Oh, please. Yang ni cK kategorikan dalam jenis 'dia rasa dia seksi'. Boleh? Pakailah ketat, sendat siap ngan bling2 sarat atau kain kaler fluorescent pon cK cuma nampak dia sebagai seksi wannabe.  Tak turn on pun tengok dia pose. Tapi, tengok keletah dia ni boleh tahan terhibur gak lah. Gosip pelik2 hal dalam kain. Berlakon pi mai pi mai tang tu gak la. Kalau diberi bikini kat yang sorang ni pastu suh pose nak masuk URTV...cK awal2 angkat kaki lari!
Rating : Hot Hot Ciken Shit


4. Jue Aziz
Dia ni boleh dikatakan lawa. Badan dia yang genit tu memang leh buat orang toleh dua kali. Tapi rimas plak ngan rambut panjang mngurai dia tu.Bila buka mulut plak, macam manja dibuat2 jadi macam mengada.  Dang! Masa anugerah skrin hari tu plak, 'menonjol' betul dia. Tu nak mengumpan mata yang miang la tu. So free je la lelaki2 kat situ cuci mata sambil capture setiap inchi badan Jue buat bekalan time terdesak. Tak cukup image dalam otak, siap snap2 gamba lagi. Alasan nak update dalam FB. Hiks.
Rating : Hot n Cold.

5. Aishwarya Rai
Ok, i have to be fair. Asyik mat salleh ngan orang kita je mana aci kan? So, ni ha aci India ni. Dia ni memang layak jadi Miss World. Nampak macam naif tapi dia ada satu look yang menggoda. Dan sesungguhnya dia boleh kelihatan amat hot dengan hanya memakai sari. Tak ramai orang yang boleh buat camni ok. Untung anak lelaki Amitabh Bachan dapat memperisterikan seorang 'dewi'.

Cukuplah tu kot? Kenapa takde Chinese or Japanese? Well, i like their men not the ladies thou. Kat office lama dulu perempuan cina, jepun, korea ni kitaorang panggil airport - if only u know why. Ha ha ! Oh ye, cK selalu tertanya2, kenapalah orang yang dah dikurniakan body lawa ni kena berlebih-lebihan nak kurangkan saiz baju sampai tersembul2 mana2 part yang tak patut. They look just fine without any excessive exposure to their assets.

Kalau korang rajin, cuba perhatikan group kawan-kawan perempuan korang. Dalam satu grup tu, mesti ada sesat 1-2 orang yang suka pakai seksi2 ni. Memanjang tak cukup kain sedangkan dalam ramai-ramai orang, dia tu la yang kita harap pakai kaen lebih banyak dari yang lain2. Kalau nak dikira rupa, memang out la. Still, dorang rasa dorang lebih hot dari biasa. See, bila diri sendiri yang rasa hot sedangkan orang lain tak cakap apa pun kot...tu dah lebih kurang kategori angkat bakul binti perasan ya kawan-kawan. Elakkanlah dari jadi tabiat. Kalau tak nanti esok lusa orang meluat. Nak pergi rehat2, duk tepi laut pakai bikini pun orang tulis hentam dahsyat2.  

:: Gol 5kali = 2.5 Juta ::

2 comments:
Pagi-pagi cK gigih baca online news pasal penjaring terbanyak Piala Suzuki. Ni apa yang cK baca paling awal :

http://www.nst.com.my/nst/articles/1rf1w/Article/
 Sah Safee akan menyarung jersi Pelita Jaya untuk tempoh setahun lamanya. Cuma cK agak kurang faham dengan rasional untuk Safee menerima tawaran itu selain dari wang. I'm not a big fan of football. Dan cK bukanlah yang jenis beria sanggup bersengkang mata atau berasak-asak ke stadium dan mamak untuk menonton Liga Super, EPL atau World Cup. Kalau orang ajak, cK pergi. Kalau tak ajak, cK dok umah. Maka, cK mungkin tak layak nak komen hal-ehwal bola ni tapi being me yang super kepochi, i have to let this thought out somewhere before end up tension tak pasal.

RM2.5juta tu agak tinggi nilainya dan pasti sukar ditolak oleh mana2 pemain atau kelab-kelab negara kita. Fine. Tapi Pelita Jaya menduduki tempat ke 15 daripada 15 pasukan yang bertarung dalam Liga Super Indonesia. What does that mean to you? Corot. Ya, dalam kebanyakan laporan berita memang perkataan corot kerap digunakan untuk menunjukkan betapa 'hebat'nya Pelita Jaya. Kenapa tidak ke Persib Bandung yang lebih gah itu?

cK dah highlite para yang agak mengganggu cK. Despite being corot, Pelita Jaya are known for signing big names for their team. Banyak betul duit dorang? And now, they have our Safee and hope he can motivate the rest of team members. I'm a bit skeptical on this. What happen to the rest of the 'big names' they've signed before? Haven't they make it big? Or does the team pull those people down? Atau mungkin their level of corot is not as bad as our corot? Oh, sungguh emo. 

cK boleh terima konsep 'knowledge transfer' yang cuba FAS atau FAM pertahankan bila membenarkan Safee bermain untuk liga luar. Tapi bagi cK, kan lebih elok jika dia dapat 'mencuri' ilmu untuk dibekalkan pada rakan-rakan lain di tanahair instead of menyalurkan segala skillnya pada dunia luar. Sharing is caring, i know. But there should be give and take, and by that it require more than just $$$. 

Nak main bola ni, bukan boleh harap pada satu tonggak semata. Nama pun pasukan. Kena tengok pada coachnya juga. Bariskanlah pemain-pemain handal dunia sekalipun, kalau cK yang jadi coachnya mau tak ke mana team tu. Tapi cuba tengok King Raja kita, bersungguh mengasah bakat dan menyusun strategi untuk anak-anak didiknya. Naahh..sekarang dunia dah mula kenal kita. 

Dapatkah Safee mengembangkan bakat dan menajamkan skillnya di sana? cK harap dia dapat jaga reputasi diri dan negara sewaktu berada disana. Jangan pula nanti ada yang terjerit-jerit nak ganyang Safee, butakan mata ngan laser dan bawa penyapu segala. Takde semangat kesukanan betul. Nyampah i.

Untuk kita-kita ni, mohlah sama-sama tengok last match Safee bersama skuad Harimau Malaya menentang Hong Kong pada 12 Februari ni. Dua hari lepas tu, dia dah kena gigih practice ngan jiran kita disamping  4 kawan2 international yang lain Yuichi Shibakoya dan Tomoyuki Sakai (Jepun), Walter Brizuela (Argentina) dan  Dramane Coulibaly (Mali). Iya-iya, ngak apa2 kok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...