Thursday, August 19, 2010

:: Kereta Besar, Otak Kecil ::

No comments:
Ya. Tak usah nak digosok-gosok mata tu. Memang betul tajuk tu. Tapi bukanlah semua yang macam tu. Jangan korang ingat cK ni marah kat semua orang yang berkereta besar. cK cuma hangin yang orang yang mempunyai otak kecil dan tidak dapat menampung input yang banyak untuk bertindak lebih cerdik ketika memandu kereta besar mereka. 

Apa dia ingat kalau kereta dia besar, dia boleh memecut sesuka hati dengan harapan nak mencilok pastu break emergency sebab kereta bagak dia tak muat nak masuk?

Dia ingat dengan kereta besar dia tu, dia boleh je potong Q bila-bila masa yang dia suka terutamanya bila line panjang?

Dan, adakah dia rasa kereta besar dia tu boleh diparkirkan sesuka hati sampai makan space orang lain?

Dia salah. Dia silap. Dia totally tak betul.

Sakit jiwa betul bila pagi-pagi kita ni berbarislah panjang-panjang menurun bukit tunggu turn lampu merah tu jadi hijau. Yang keta beso ni plak, lalu ikut lane sebelah tup2 baik je dia masuk lane kita. Apahal plak kan? Bangun lambat? Sapa suh kan?

Lagi satu, spesis yang kalau orang nak masuk simpang tu...mentang2 dia kat jalan lurus...seboleh2 dia tekan pedal minyak dia. Dengan body keta yang beso tu, beria2 dia nak lepaskan diri. Tak boleh terima kenyataan kot kalau kereta kecil, comel boleh potong depan dia. Aiyoo...Yang lagi tak boleh blah, bila dia buat dajal...dia pandang kita dengan kening naik sebelah sambil hembus rokok. Hampeh tol!

Lainkali tolong pastikan saiz akal, otak korang sama beso ngan kereta yang korang bawak ye kawan-kawan. Jangan jadi macam beruk dapat belacan. Excited je lebih. Jakun betul.Melainkan kereta yang bawah ni, korang jangan mimpi nak buat menda2 luar dugaan. 


Sekian.

Tuesday, August 17, 2010

:: Apa Benda Yang Kau Taip Ni ? ::

2 comments:
Bila seorang kawan cK menulis satu update yang berbunyi begini :



Maka, dengan senang hatinya cK mengaku bahawasanya "Ya, saya mempunyai masalah yang sama!".

Tak tahulah korang macam mana pula. Mula-mula kita cerita pasal bab memendekkan perkataan. cK rasa bahasa dan ejaan cK dah agak dahsyat dicantas sini sana - terutamanya ketika ber'sms'. Tak sangka pula ada yang lebih tegar caras semua huruf-huruf vowel yang ada dalam setiap baris perkataan. 
cK ada satu habit tengok chat box kat 8TV malam-malam. Kadang-kala cK tengok @15. Yang tu lagi aktif. Naik juling nak faham maksud ayat yang dorang cuba sampaikan. SMS memang sepatutnya ringkas tapi mesti tepat supaya orang senang faham. Bukannya ambil masa dok tenung2 skrin hp tu dengan kening berkerut2 cuba nak faham mesej yang baru masuk inbox. Contoh:

Aq x brp ske ngn dye. Cb ko tgk dye 2.

What is that? Formula baru? Bahasa Iban? My oh my! Maksud sebenar ayat tu cumalah "Aku tak berapa suka dengan dia. Cuba kau tengok dia tu." Ha, amik ko. DIA  jadi DYE. Dan yang paling teruk,celah bedah mana AQ boleh bunyi AKU? Sadis betul. Agak-agak la kan kalah nak slash vowel tu. Ke tak kenal vowel tu menda apa? A,E,I,O,U. Faham?

Spesis kedua, yang jenis suka taip huruf kecik besar selang seli. Boleh tak agak-agaknya buat keputusan? Nak pakai huruf besar ke kecik. Ingat lawa ape huruf selang seli camtu? Tahulah korang leh je buat script untuk tulisan camtu but its a total annoying ok. Terutamanya kalau dorang combine penggunaan perkataan caras ngan typing beso kecik tu.

Aq B bRp SkE nGn DyE. Cb Ko TgK dYe 2.

Tak macam terencat ke korang rasa? The most extreme that i can think of bila nak pendekkan ayat tu cuma "Aku x brp suka ngan dia. Cuba Ko tgk dia tu". Still boleh difahami i guess. Why on earth nak eja CUBA as CB. Cash Book? Coffee Bean? Kalau YOU jadi U, ok lah. Not that bad. Tapi, ni dah sampai tahap mengarut. Silap-silap kang orang ingat mencarut. 

Lagi teruk kalau orang salah faham. Bila buh MRH orang ingat MARAH tapi rupanya MERAH. Mungkin juga ada yang fikir MURAH. Camne tu? Dahlah penuh SMS dengan bahasa rojak segala. Tak perlulah ditambah pula dengan penyalahgunaan bahasa yang melampau over nya. Keep it short and simple. Dah nama pun SMS. So tak perlu mengarang panjang lebar macam menulis buku cerita. 

Kalau nak cerita panjang-panjang gak, cuba belajar buka phone directory tu dan cari nama kawan yang korang nak cerita beria tu. Dah dapat nama dia, tolong tekan butang Call. Kebanyakan hp dia buh icon telefon warna hijau. Korang tekan, tunggu lepas bunyi "tuut..tutt.. tutt.." mesti kawan korang tu akan jawab panggilan tu. Tapi ada gak masa-masa tertentu korang akan dengar suara awek yang jawab "Harap maaf. Kredit anda tidak mencukupi". Jangan suspen, pegi topup dulu. Lepas tu semuanya OK. Peace.

:: Sikit-sikit Advance ::

No comments:
Dia kata "Boss, nak minta advance buat belanja raya untuk anak-anak".
Dia mungkin niat "Ni kalau dapat advance ni, boleh la tukar rim 17"  gold kaler. Pehtu bagi sikit kat bini buat beli perabot, tukar langsir apa patut".

Dia kata "Boss, kalau boleh nak minta advance lah nak buat belanja anak-anak nak masuk sekolah"
Dia mungkin niat "Dah dapat advance ni, boleh la gi holiday. Gi Bukit Tinggi ke, Cameron ke. Janji jalan!"

Ok Ok. cK mungkis bias dalam hal ni. Tapi, sesungguhnya ia sesuatu yang amat muak untuk didengar, dibaca setiap tahun. Minta advance bukan sikit-sikit plak tu. Nak seribu dua. Susah sangat ke orang-orang Gomen ni nak menyimpan? Atau dorang ni memang jenis suka meminta-minta sepanjang masa?

Ni nak bagi peringat sikit kat semua. Tiap-tiap hujung tahun, budak-budak akan cuti sekolah lepas tu awal tahun anak-anak akan naik darjah. Tiap-tiap tahun juga lepas puasa sebulan di bulan Ramadhan, masing-masing akan menyambut Hari Raya tak kira puasa penuh atau tak. Bukan sesuatu yang diluar jangkaan kan? Semuanya dah boleh diduga dan dibuat belanjawan. Jadi, kenapa korang tergedik-gedik nak minta advance?

Jarang plak kita dengar dorang ni minta advance sebab masuk hospital, nak buat kenduri arwah ke apa kan. Balik-balik mintak advance sebab nak bersakan. Duh! Kang bila dah dapat advance tu, mula la kecoh pula nak bonus, kenaikan gaji baik yang melintang, menaik segala. Tapi bila waktu kerja, ramai betul yang menyerong. Patut ke?

Perkhidmatan pelanggan masih ditakuk lama. Kau tolak aku, aku tolak kau. Kalau sampai kat kaunter tu, nak senyum pun payah apatah lagi nak mesra pelanggan kan? Bab-bab duit ni memang sensitif ya. Kalau korang punya perfomance tu setimpal ngan bonus berbulan yang korang dapat tu takpe gak. Ini tak. 

Tolong cermin diri ya abang akak Gomen.Kalau rasa tak mampu nak bersakan, cukuplah seadanya. Tak perlu semua nak serba baru dari pangkal rambut sampai hujung kuku kaki tu. Belajar menabung dan bersyukur dengan apa yang ada. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...